LIRIK NURSERY RHYME YANG HAPE JADAH NTAH

Sana ada pokok

Atas ada beruk

Beruk nyanyi-nyanyi

Tak mandi pagi…

 

Bila esok pagi

Beruk bau wangi

Terjun dalam perigi

Ikan pun mati…

 

Taik bulat-bulat

Boleh buat ubat

Masuk dalam botol

Cap Orang Kuat…

 

Inilah kisahnya

Putri Gunung Ledang

Yang kehilangan

Seluar dalam…

 

 

Ni lagu yang sepupu aku ajar masa aku sekolah rendah dulu. Tak tahu lah sape pencipta lirik dan komposernya (dah tentulah bukan Habsah Hassan, Ajai, mahupun Siso), tapi agak kejadah gak lah liriknya terutama part yang Putri Gunung Ledang hilang tut tut dia. Ntah pape ntah! Kena tulah Gusti Putri Retno Dumilah kang, padan muka! Hehehe…

 

Banyak lagi lagu ntah pape yang aku blajo dari sepupu-sepapat aku yang aku rasa, anda juga pernah dengar dan mainkan masa kecik-kecik dulu. Lain tempat, lain liriknya. Banyak versi. Di antaranya ialah lagu ini:

 

Saya ada burung pipit

Satu hari jatuh sakit

Saya ingat nyamuk gigit

Gigit mata terus sepet

 

Ada sebuah kampung

Tepi gunung

Penduduknya bahagia

Ada seorang tukang kebun

Namanya oh, Fatimah

 

Oh Fatimah, oh Fatimah

Oh Fatimah, kawanku

Rupa cantik, kain batik

Oh Fatimah, I love you

 

Tidur malam mimpi-mimpi

Abu datang ke rumah

Tapi sayang, sudah pergi

Hati Fatimah kecewa~

 

Lagi satu. Lagu ni aku biasa nyanyi ngan sepupu aku sambil tepuk tangan bersilang-silang ngan dia:

 

Malam yang sepi-pi-pi

Pak Mat jual topi-pi-pi

Topinya koyak-yak-yak

Pak Mat jual tempoyak-yak-yak

Tempoyaknya basi-si-si

Pak Mat jual nasi-si-si

Nasinya enak-nak-nak

Pak Mat jual anak-nak-nak

Anaknya hilang-lang-lang

Pak Mat jual gelang-lang-lang

Gelangnya patah-tah-tah

Pak Mat jual getah-tah-tah

Getahnya putus-tus-tus

Pak Mat jual tikus-kus-kus

Tikusnya lari-ri-ri

Pak Mat jual lori-ri-ri

Lorinya rosak-sak-sak

Pak Mat jual katak-tak-tak

Katak dalam air-yir-yir

Pak Mat berak cair-ir-ir!

 

Ini pulak lebih kepada game:

 

Ola Oli kuberi nama. Saudara-saudari. Cikebum! Cikebum!

Malam-malam minggu. Siang-siang minggu. Disko! Disko!

Putih-putih melati. Ali Baba… Merah-merah delima. Miau-miau…

Siapa yang baik hati? Cinderella…

Siapa yang jadik patung?

 

Lepas tu, kanak-kanak (terdiri drpd beberapa orang) yang menyanyi lagu ni kena diam kaku, tak bergerak macam patung. Siapa yang bergerak sikit, tersenyum ke, terkelip mata ke… dia yang kalah!

 

One more song:

Cak cak koci

Tembakau lima kati

Nyonya nak beli sekampit nanti

Awak nak bunga apa?

 

Pastu sebutlah anda nak bunga apa… contohnya kalau anda nak bunga ros, lagunya akan disambung seperti berikut:

Saya nak bunga ros!

 

Awak nak kawin dengan orang kurus!

(suku kata terakhir perlu hampir sama dengan suku kata terakhir nama bunga yang dipilih)

 

Aku pernah dengar lagu Cak Cak Koci ni versi lain. Time tu diorang jadikan lagu ni sebagai lagu opening satu drama komedi Melayu kat tv Singapura yang disiarkan lama dulu:

 

Cak cak koci

Tembakau lima kontena

Busuk-busuk, wangi-wangi

Kami tetap bergaya~ ~ ~

 

Hahaha…

 

 

Lagu ni pulak ayah aku ajar dan kami nyanyikan untuk adik aku yang ketika tu kecik lagi:

 

Bang selembu, kuali sawa

Hujan gunung, mandi katun

Sirih rampai, pinang berseri

Mintak peluk, tangan kiri~ ~ ~

 

Kiranya, lagu ni seangkatan ngan Gam Gamit dan Jan Jan Jala Itik yang bertujuan untuk ajar bayi2 exercise jari-jari mereka. Entahkan betul, entahkan tidak lirik yang aku tulis ni. Aku pun tak berapa nak ingat sangat. Asal ada bunyik yang macam kedengaran betul sikit, kita LAYAAAAAAAANN!

 

Assalamualaikum

Kom apa? Kombat!

Bat apa? Batman!

Men apa? Mentol!

Tol apa? Tolak!

Lak apa? Laksa!

Se apa? Sepak!

Pak apa? Pak cik!

Ci apa? Cicak!

Ca apa? Cawan!

Wan apa?

One, two, three, four, five, six, seven, eight, nine, ten

Ten apa? Tembak!

Bak apa? Bak duit!

Duit apa? Duit Jepun!

Pun apa? Pondan!

Dan apa? Dancing!

Sing apa? Singa!

Nga apa?

Singer menawan keluarga bahagia~ ~ ~

 

 Apa yang boleh aku katakan kepada lagu kanak-kanak di atas ialah…. HAPE JADAH!!!!!!!! Hape jadah tetiba jenama Singer tersesat masuk dalam lagu ni pulak???!!!! Tak sangka diorang dapat promosi percuma!!!

 

HAPE JADAH!!!!!!! ARRGHHHHH!!!!!!!!

Leave a Comment

KENAPA AKU YANG KAU PILIH???

 

janji

Puisi bodoh-bodoh ni aku wat masa tengah lepak sorang-sorang kat tepi tasik university kira-kira 2 tahun yang lalu. Ada ramai orang tengah berkayak kat tasik tu dan diorang nampak enjoy berkayak sambil main bola. Cam polo air la, aku tak pasti nama game tu. Pandangan mata aku tertumpu pada diorang tapi fikiran aku terbang melayang-layang. Jasad aku je yang tengah lepak kat situ tapi batin aku menerawang entah ke mana-mana. Ada sesuatu yang ganggu fikiran ni.

Bila nampak kapel-kapel tengah berjalan beriringan dengan pasangan memasing sambil makan aiskrim, aku teringatkan kata-kata sorang kawan baik aku yang membuatkan aku ‘lari’ ke tasik pada hari itu.

“Peng, aku nak cakap sesuatu ni. Ko jangan marah…” kawan aku tu memulakan perbualan. Aih… macam tak sedap je bunyinya… 

“Mende, beb? Ko ambik neskepe aku tanpa izin ke?”

“Aku dah declare kapel malam tadi,” dia memberitahu. Perlahan aje suaranya. Taknak bagi orang lain dengar.

“Ape??! Couple?! Dengan lelaki yang ko cerita kat aku hari tu?” aku terperanjat. Lelaki tu baru dikenalinya dalam beberapa minggu yang lalu. Tapi bukan pasal tu yang buat aku terperanjat, sebaliknya pasal benda lain.

“Abis, Piagam 125 camne, beb? Dibubarkan? Dipinda?” ciss… sanggup dia mencabuli perjanjian yang kami buat bersama.

“Bubar, ah… Nak wat camne. Seru dah datang. Sori, beb… aku yang cadangkan piagam tu, tapi aku jugak yang mencabulinya. Heheh… ko jangan beritahu orang lain plak. Aku taknak diorang kecoh.”

“Ape la ko ni… sanggup ko tinggalkan aku sorang-sorang kerana seorang lelaki… Sanggup ko lupakan piagam kita. Huuu…” aku sengaja buat dia serba-salah, tapi dia tak rasa camtu pun. Ye lah, hati tengah berbunga-bunga. Orang sepak terajang dia pun, dia rasa macam kena baling dengan kelopak bunga ros je.

Lalu, pada petang itu, aku pun merempit sorang-sorang dengan menaiki Kimora Lee Abdullah dengan ditemani perasaan yang sepi (Lagu tema: Ella – Sepi Sekuntum Mawar). Selalunya, petang-petang hari minggu camni, kawan baik aku tu selalu membonceng sama menuju ke tempat yang kami selalu lepak bersama iaitu tepi tasik universiti. Tapi hari tu aku tak ajak dia sekali. Biarlah aku sendirian. Mengenang nasib diri yang ‘ditinggalkan’ kawan.

Kat tepi tasik nilah kami ‘menandatangani’ Piagam 125. Piagam yang isinya antara lain menghalang perkapelan berlaku selagi kami tidak menggenggam segulung ijazah, selagi kami belum menamatkan pengajian sarjana muda kami. Nombor 125 diambil sempena nombor bilik kawan aku tu dan juga Yamaha 125 (cc), motor idamannya. Ntah pape…

Aku ingat lagi kata-katanya: “Janji tau, selagi kita ni bergelar pelajar, jangan nak pasang pakwe-pakwe semua ni, eh. Kita namakan perjanjian ni, Piagam 125. Jangan risau Peng, aku takkan tinggalkan ko. Aku takkan berkapel punyalah…,” beria-ia benar dia. Macam dia dapat mengotakan janji tu. Aku mengiakan je sebab aku tau perkara tu takkan terjadi kepada aku. Aku berkapel? Aku yang buruk ni? Somehow, I know ianya mustahil berlaku… aku mengerti keadaan diri…

Takpelah… ko nak berpasangan, silakan. Aku tak kisah, aku beritahu dia. Aku doakan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin, seterusnya berbahagia ke anak cucu. Kebahagiaan kawan aku tu, kebahagiaan aku juga. Piagam 125 tu kita lupakan jelah. Kasi hanyut dalam air tasik ni. Masa berubah, hati pun boleh berubah. Tunaikanlah fitrah hidup manusia yang berkeinginan untuk mancari pasangan tu. Sekarang ni, good men are hard to come by. Ada depan mata, kebas je, jangan tak kebas! Cuma aku je yang belum bertemu seseorang yang ditakdirkan untuk aku. Aku tak tahu bila dan di mana, dengan siapa. Tapi aku percaya, jodoh pertemuan hidup mati tu di tangan Tuhan. Janji Tuhan pasti dikotakan. Siapalah aku untuk mempersoalkannya…

Jadi, pada hari itu, di tepian tasik itu, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Piagam 125 dan juga selamat tinggal kepada kawan aku kerana dia sudah meninggalkan aku dan dunia yang kami sama-sama huni bersama selama hampir 4 tahun. Dunia apa, tu?

Dunia itu ialah… dunia solo…

 kuang kuang kuang…

Comments (1)

WIRA JALANAN BIKIN FILEM RIBAN-RIBAN RINGGIT

Kalau korang adalah ‘bekas’ kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 90an, pasti korang ingat lagi pada game Street Fighter yang memang femes pada waktu tu. Walaupun tak pernah main game SF keluaran Capcom ni, tapi watak2 game ni tetap dekat di hati aku terutamanya Chun-Li, Ryu ngan Ken; dah biasa sangat nampak kat depan mata sebab dulu ada banyak trading card ngan t-shirt watak-watak dalam game Street Fighter kat rumah aku.

Pastu diorang siap wat filem adaptasi daripada game ni yang bertajuk: STREET FIGHTER – THE ULTIMATE BATTLE. Aku tengok dua kali; first masa aku skola darjah-darjah dulu, second time plak pada bulan lepas. Yeah, bulan lepas! Tak sangka dapat tengok balik filem terbitan tahun 1994 ni…,  dengan penuh kefahaman pulak tu, memandangkan masa kecik2 mana nak paham Bahse Inggeris sangat, jadik dulu tu aku sekadar tengok bodoh je. Tak paham jalan cerita pun; orang ketawa, aku ikut ketawa. Orang mengangguk paham, aku tersengguk tido. Huha…

Memang pandai diorang pilih pelakon2 SF sebab karakter2 dalam game ngan yang berlakon real punya nampak takde beza sangat. Berikut merupakan mereka yang terkenal dalam SF, yang sempat aku snap dari filem tersebut:

vlcsnap-28781

Colonel Guile tu orang baik, General M. Bison plak jahat. Guile dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme, pelakon yang aku suka sebab badannya yang fuyoh… berketul-ketul… Eheh… Bison suka benda2 berteknologi tinggi. Platform terbang, kasut terbang, semua dia ada. Gila gajet la katakan…

vlcsnap-112420

Yang nampak normal tu tentera bawahan Col. Guile, namanya Carlos Blanka, dijadikan tebusan oleh Bison. Blanka diperlakukan mcm sekor lab rat bila dia jadi bahan ujikaji untuk menghasilkan tentera masa depan Bison, tiap hari ditorture dengan video berunsur ganas dan pembunuhan supaya dia menjadi makhluk berhati kering. Akhirnya, daripada sehensem-hensem manusia, Blanka berubah jadi bendalah hijau yang nampak tak normal tu. Macam Hulk eh? Diorang ni kalo nak wat raksasa mesti guna warna hijau. Tak bleh ke guna kaler lain? Ungu ke, pink ke, kuning ke… canggih sket. Asyik hijau je… ni siap ada rambut oren lagi. Dah macam orang utan Sepilok dah aku tengok…

vlcsnap-15294

Vega ‘kerja’ kat gelanggang perlawanan mcm tomoi ala WWE di mana orang yang perasan kuat akan cabar dia untuk beradu tenaga. Nampaknya Vega macam tak pernah kalah sebab dia ada penyokong sendiri dan penonton tanpa ragu-ragu akan bertaruh duit ke atas kemenangannya setiap kali perlawanan berlangsung. Sagat plak ketua tempat tu merangkap penjenayah seludup senjata api yang buat perjanjian bisnes ngan Bison. Dahlah takde sebelah mata, jahat plak pak cik ni. Korek bijik mata yang sebelah lagi tu kang, ha…

vlcsnap-25849

Hah… ni lah karekter yang dekat di hati aku. Chun-Li memang cun. Buah hati Guile. Ryu ngan Ken walaupun satu geng sebab belajar karate sama2, tapi selalu je tak sefahaman. Lantak kome la… janji aku bahagia.

vlcsnap-26238

Bersama-sama Chun-Li Zhang sebagai journalist, Honda ngan Balrog adalah kakitangan satu stesyen tv yang wat liputan pasal peperangan yang berlaku antara tentera AN pimpinan Guile ngan pihak Bison. Honda tu ahli sumo berdarah Hawaii yang dapat gelaran Yokozuna, Balrog plak aku tak pasti tapi nampak gaya macam pandai bertinju. Ye ke… ntah. Pandai2 je aku reka cerita tipu.

vlcsnap-29622

Sape ni? Sape ni? Hahaha… tak sangka aku, Kylie Minogue pun berlakon dalam citer kanak-kanak ni! Aku ingatkan keje mak cik ni cuma menyanyi dan bergelek je, rupa2nya dia dah lama ceburi dunia lakonan. Hihihi… dalam SF, dia berlakon sebagai Cammy, orang kanan Guile.

vlcsnap-114723

And together, we are the street fighters! Yeah!!!

Leave a Comment

COACH BERPESAN KEPADA SAYA, BAHAWASANYA…

budak n bola

Leave a Comment

DI PUNGGUNGNYA ADA API YANG MENYALA-NYALA

grave

Nak tau tak…satu cerita seram…

 

Orang kata, kunang-kunang/firefly tu ROH orang yang dah mati turun ke bumi. Nak jenguk kaum keluarga dan sanak-saudara yang ditinggalkan. Diulangi: ROH orang mati!

 

Well, orang yang kata tu… makcik aku. Pandai je reka cerita. Cett…

Aku ingat lagi, waktu kecik-kecik, bila balik kampung kat Pontian, mesti tangkap kunang-kunang time malam. Pagi, kunang-kunang tak keluar. Mereka tidur… eheh. Tangkap banyak-banyak, pastu letak dalam baju dan buat gaya jalan cam robot kuning dalam citer Star Wars. Bajet kunang-kunang tu LED la… seronok… untuk kanak-kanak bawah 8 tahun je. Kalo buat gaya camtu bila umur dah lanjut cam aku ni, orang kata kena badi biawak. So, cepat-cepat la bawak berubat dengan dukun kampung…

Nak tangkap kunang-kunang mesti kat kampung. Setakat ni aku tak pernah tangkap serangga ni kat bandar. Mungkin bandar terlalu berjerebu. Sampai cahaya kat buntut kunang-kunang pun bleh tenggelam.

Oh ya, lepas makcik aku cakap camtu, terus aku tak tangkap dah kunang-kunang. Yela… kunang-kunang tu kan roh orang mati. Macam seram gak ar… walaupun tak masuk di akal.  Walhal, dulu bila ternampak kunang-kunang je, aku jadi excited sangat sampai terloncat-loncat macam kera kena belacan. Tapi aku tak terloncat-loncat pulak bila nampak kera. Lari kencang, ada la!

Kunang-kunang tu serangga ajaib tau! Mana ada serangga atau hewan lain yang gi jalan-jalan bawak torchlight? Torchlight ni bernyawa pulak. Allah Taala tu Maha Bijaksana. DiciptaNya serangga sekecil ini, tapi canggih gila!

Orang kata… (yang ni bukan makcik aku yang kata) hayat kunang-kunang ni tak lama. Sehari je dia hidup. Pastu mati. Ye ke? Kalo ye… ish…ish… rugi. Dunia ni indah tau. Lagi-lagi bila waktu malam, bulan terang, bintang beribu, ada kunang-kunang terbang bebas… siok ah…

Biasalah, yang indah tu cuma sementara. Bunga yang kembang pun akan layu juga akhirnya. Kita yang indah gak ni pun akan mati. Jadi kunang-kunang. Eh, mana ada gitu!

Apa-apapun, mari tengok cerita Grave of Fireflies terbitan Ghibli Studio. VCD ada dijual kat Mid Valley ke, mana-manalah… carik jelah.

Sure menangis sendu.

Leave a Comment

ATUKKU TAKDE GIGI

Atuk yang kusayang. Kuat dan gagah sekali. Pagi mengait sawit. Melonggok nenas di tepi parit. Tengah hari di tepian kali. Mengutil buah kopi. Petang di bawah rumah. Mengetam kayu, membaiki yang patah. Senja bukannya beban. Menghalau ayam balik ke reban. Atuk gembira bukan kepalang. Bila seluruh masanya tak terbuang.

 

Atuk yang kusayang. Malam menggulung cerut. Meneliti not lagu, dahinya berkerut. Dikelilingi cucu yang ingin tahu. Atuk berdehem, kami menunggu. Atuk bangun tunduk hormat. Lalu biola digesek cermat. Selesai pertunjukan, kami bersorak. Atuk puas, menghirup kopi pekat.

 

Atuk yang kusayang. Minat memancing takkan goyang. Bila kami balik ke kampung. Atuk menunggu dengan tabung. “Kita ke parit. Tangkap tempolong”. Kami setuju, berlarian ke kolong. Atuk tersengih, nampak gigi ompong. Melihatkan nenek yang mula memuncung.

 

Atuk yang kusayang. Kini tiada lagi. Yang tinggal hanya kenangan abadi. Atuk pergi, mustahil kembali. Pergi menemui yang Maha Suci. Tinggallah nenek seorang diri. Dan kami yang memakan budi.

 

Atuk yang kusayang. Tahukah kau, atuk? Rindu aku dengan kekehmu. Rindu nak dengar ceritamu. Terhibur dengar telor Jawamu. Rindu nak lihat kau gesek biola. Petik gambus, tepuk bongo. Rindu nak pergi ke kebun bersama. Rindu nak duduk-duduk bawah rumah. Bual-bual pasal sekolah, pasal sekarang dan sudah. Rindu nak duduk di ribamu. Seperti selalu masa aku kecil dahulu.

 

Semoga kita berjumpa lagi. Di alam yang kekal abadi. Dan atuk takkan sunyi lagi. Kerana atuk paling kusayangi…

atuk

atuk2

Leave a Comment

OTAK MANUSIA KALAHKAN KOMPUTER… CAYALAH!

kompite2

Secanggih mana pun komputer kita, mana bleh tandingi kehebatan otak manusia. Komputer tu sendiri adalah hasil buah tangan daripada otak. Takde otak, akal, mane nak datang komputer. Jauh sekali alatan untuk beristinjak. Kahatptuihh!

Comments (5)

BULAN

picture-048picture-050picture-051Maruku…eh! Maruko… kesian dia. Akibat dah slalu sangat menjadi *tumpuan* time Hari April Fool, dia jadik gini. Orang luah perasaan kat dia pun, dia ingat org tengah main-mainkan dia…

Lantak ko lah, Maruko. Layan.

Comments (2)

HARI INI DALAM KEJIWANGAN

mamatLayan zass jelah… tak tau nak tulis ape.

Leave a Comment

DALAM HATI ADA SATU RASA

picture-0181

Dalam hati aku ada satu rasa

Yang aku pendam agak lama

Sejak kita masih remaja

Aku yakin sepenuhnya

Rasa itu untuk engkau sahaja

 

Hei, kau nak tahu

Apakah rasa itu?

Rasa itu indah betul

Ibarat ros yang mewangi

Aku siram dan baja setiap hari

Hingga mekar setaman hati

 

Rasa itu buat aku gelabah

Bila kau ada dekat di sisi

Rasa itu buat aku tak keruan

Bila aku tak nampak wajah kau sehari

 

Entah aku tak faham

Kadangkala rasa itu buat aku rindu

Bila kita jauh

Kadangkala rasa itu buat aku benci

Bila engkau macam tak mengerti

 

Bila aku tahu kau dah berpunya

Aku ingat rasa itu akan binasa

Hangus bersama hati yang lara

Tapi rasa itu makin membara

Akhirnya menyala-nyala

 

Walaupun kau tak rasa

Macam apa yang aku rasa

Biarlah, tak mengapa

Biar aku yang derita

Menanggung rasa

Asalkan kau bahagia

Memang semuanya salah aku

Tak berani berterus-terang

Macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan?

Malu…

Aku takut dikata

Bagai perigi mencari timba

Nah, akhirnya hati kau dicuri orang

Ada tak lagi untukku peluang?

 

Dalam hati aku ada satu rasa

Walaupun aku dah teruk terseksa

disebabkannya

Aku berjanji takkan beritahu sesiapa

Pasal rasa yang satu itu

Kalau tidak ia bukan lagi rahsia

Debaran  ini pun akan serta-merta tiada

Takkan ada lagi yang istimewa

Pada rasa itu

 

…..

 

Faham tak kau?

Rasa itu tetap untuk kau

Sehingga aku berjaya

Cari yang setara

 

Dalam hati aku ada satu rasa…

 

Catatan:

Puisi ni tercipta ketika aku duduk-duduk berehat tepi pokok sukun. Kuliah start lagi sejam, lama la plak aku rasa nak tunggu. So aku yang gatal tangan ni pun keluarkan pensel ngan buku, terus lakukan contengan ilmiah. Daripada tak buat apa-apa. Nak borak-borak, member plak takde. Ntah mana ntah diorang merayap, tinggalkan aku sorang-sorang yang cun ni bawah pokok sukun. Hape jadah… nasib baik ade gazebo, bleh gak berteduh dari panas matahari. Puisi ni, aku ingatkan nak buat 2 rangkap je, tapi meleret sampai 7-8 rangkap. Inilah hasilnya klo kuat berangan dan merapu.

Comments (10)

« Newer Posts · Older Posts »