Archive for Uncategorized

SEBENTUK CINCIN DI JARI MANISNYA

Lama sungguh tinggalkan dunia diari maya. Aku kembali dengan sedikit coretan khas buat teman baik yang sama-sama membentuk Piagam 125 di tepian tasik universiti dulu.

Kudut, tahniah beb, tahniah…;p

Kau telah dipinang orang 3 Syawal yang lalu. Tapi aku rasa cam nak marah sket sebab ko tak bagi tau aku pun…

Ni pun aku dapat tau lepas lebih seminggu berhari raya. Rerupanya, ko di Perak telah beraya secara berduet, berbanding aku yang masih berlebaran secara solo saban tahun sepanjang kehidupanku di bumi.

Huwa…

Aaah… lantak pi lah dengan solo-molo neh. Aku cuma nak ucap ‘Dut, tahniah. Semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke pelaminan’. 

Wah… tak sabar nak makan nasik minyak. Kat Bagan Serai plak tu…

Comments (2)

CINTA SIAPA PALING SEJATI

cinta tuhan

Cinta tuhanku lah yang paling sejati…

Leave a Comment

PARKOUR – LARI, PANJAT, LOMPAT DAN LARI SEMULA!

Filem-filem yang memaparkan aksi seni mempertahankan diri seperti kungfu memang dah biasa sangat kita tengok di kaca tv dan di layar perak. Sebut saja nama-nama sifu kungfu seperti Bruce Lee, Jackie Chan dan Jet Li, semua orang tahu dan kenal. Yelah, sape tak pernah tengok diorang buat aksi akrobatik kangkang kaki 180 darjah tahap putus urat belakang lutut dalam setiap filem mereka.

Tapi, bila kita sebut pasal filem yang paparkan aksi seni menyelamatkan/melepaskan diri seperti parkour dan sifunya iaitu David Belle, William Belle, Cyril Raffaelli dan Georges Herbert, mesti kita akan terpinga-pinga sambil buat muka macam tauhu sumbat yang basi. Jadah mende? Parkour tu satu masalah… ni… si David Belle ni, pak cik sape lak?

Kalo kungfu ialah seni mempertahankan diri, parkour lak ialah seni melepaskan diri daripada suatu situasi yang berbahaya dan tak terjangka, melalui pergerakan-pergerakan yang kaya dengan keekstriman, pantas dan lasak, semuanya bertindak atas arahan otak yang berfikir dengan laju. Dalam situasi yang tersepit, seperti dikejar keluarga Ah Long Bukit Beruntung yang bersenjatakan pisau rambo 10 inci, apa yang kita ada hanyalah badan dan otak kita, selain tembok tinggi di penghujung jalan mati. Mereka yang berlatih seni parkour dengan mudah dapat memanjat tembok tersebut sebab badan diorang ni sangatlah fit, pergerakan tubuh diorang pantas, sepantas otak mereka berfikir untuk meloloskan diri. Memang itulah fokus latihan parkour yang ala-ala kombat ni. Kalo insan kerdil seperti kita yang tak punya bekalan seni parkour nak  panjat tembok segala, alamatnya meninggal dunia kat depan tembok tu jugak. Bukan sebab mati dikelar Ah Long, tapi mati patah tengkuk sebab jatuh tersadung kaki sendiri.

Oleh kerana parkour bermula di Perancis (parkour diajar kepada askar Perancis masa WW1 dan WW2 sebagai latihan militari), maka banyak juga filem Perancis yang mengangkat seni ini sebagai premis cerita mereka, untuk memberi kesedaran kepada umum yang parkour ni juga sangat penting dan cukup berguna diaplikasi terutama bila keselamatan diri terancam. Selain tu juga, latihan parkour ni buatkan badan jadi sihat dan otak jadi cerdas. Tak rugi masuk kelas latihan. Contohnya, dalam filem B13 (Banlieue 13) atau Borough 13 yang aku tengok baru-baru ni…

untitled

…menceritakan pasal kepincangan yang berlaku di dalam komuniti tertindas dan miskin bila kerajaan Perancis wujudkan ghetto, iaitu sistem pengasingan kawasan/daerah yang membawa masalah kepada negara dengan pembinaan tembok pemisah, antara ghetto-ghetto tu ialah B13. Nak tau citer lanjut, tengok la sendiri filem ni. Parkour ditonjolkan dalam beberapa babak dalam filem ni, seperti beberapa snapshot di bawah:

2

3 

parkour

5

Makhluk yang terbang ngan panjat-panjat bangunan tu monyet ke apa, weh? Lincah gila! Lepas lari, memanjat lak. Lepas panjat, melompat. Lompat bukan macam lompat teng-teng tu, tapi ni lompat dari bangunan ke bangunan yang lain! Lepas melompat, terus berlari tak berhenti. Motifnya cuma ingin melepaskan diri dari musuh, itu je. Macam lipas yang diamputasi kakinya!

Watak utamanya ialah Leito.

nn

Kalau anda dah cuba silat, karate, kungfu, taekwando, dan even capoeira, apa kata kalau kita tambah lagi list itu dengan parkour pulak. Parkour pun dah semakin mendapat tempat di Malaysia. Bila dah pro sikit, silap-silap boleh jadik bintang filem macam mamat kat atas ni.

Leave a Comment

EH, KO INGAT LAGI TAK…

Catatan:

Tengah syok tengok gambar lama time kat maktab dulu, tiba-tiba kuar lagu Wheels – Dalam Kenangan kat radio. Uhh… layan sendu dowh! TRY baca entry ini dengan berlatarbelakangkan lagu tersebut.

 

1, 2, 3, mula…

 

Bila terkenang masa lalu, rasa terharu…

(time naik tangga tetiba teringat kenangan lampau)

DSC08760

Segalanya masih kekal dalam ingatan…

(Shu: mahal tau air mineral ni. Aku beli kat koop)

scan0023

Tiba di persimpangan jalan, berpisah jauh…

(jalan terus pegi lubuk Maikel, jalan bertentangan pegi rumah warden. The road not taken)

 scan0004

Sekian lama di rantau, bersendirian…

(aku kat Taiping War Cemetery. Seram sejukkk…)

scan0003

Tiada lagi seruling senja mendayu…

(siren DS memanggil untuk makan malam. Woi, ko pehal ambik ayam aku??!!! Nak gaduh???!!!)

scan0011

Tiada lagi ketawa riang bersama…

(Oyuk nak wat ketupat konon2, tapi jadik tikar. Jom kita ketawa riangkan dia. Hua3…)

scan0013

Bila sepi mengusik hati…

(bila rasa homesick, lari belakang bilik kom, tengok orang memancing kat parit)

scan0006

Semuanya kini dalam kenangan…

(maktab indah tanpa Maikel dan tahinya)

scan0007

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda…

(itu ayah bonda  Syida. Mak abah aku tak datang)

scan0010

Budi dan jasamu tetap dalam kenangan…

(antara cikgu-cikgi kita…)

scan0005

Teman seiring jalan kini jauh dariku…

(woi, mana korang??? Nak kawin nanti jangan lupa jemput aku)

scan0012

Kemesraan kita tetap dalam kenangan…

(PEACE!!! Asal bergambar, tu jelah gaya yang korang buat. Peace memanjang…)

scan0022

Tiada lagi suara ombak di pantai…

(‘Lata Kijang’ kat belakang kelas 513. Dah-dah lah tu main air busuk, jom kita makan sandwich sardine yang aku wat ni!)

scan0008

Tiada lagi bayu Tebrau membelai…

(jauh kami berlayar dari Selat Tebrau ke Taiping naik tongkang, semata-mata nak carik ilmu. Tak gitu, Tun Mai?)

scan0009

Di saat sepi begini…

(blues untuk aku dan pokok itu)

scan0014

Semuanya kini dalam kenangan…

(Olis: Beta mengaku kalah. Tuan Hamba memang jaguh DOTA! Tuan Hamba ambillah istana beta ini beserta dayang2nya sebagai perjanjian pertaruhan kita.)

scan0015

Bila masanya tiba nanti aku kembali…

(selamat kembali ke maktab untuk super-super-duper-senior)

scan0016

Pasti ada yang berubah dan tiada lagi…

(Puan Shaariah Dahaman jadik pengetua lagi tak?)

scan0019

Dan bila ku tinggalkan lagi kampung halaman…

(Kampung Kenanga yang lama ku tinggalkan)

scan0017

Segalanya kan abadi dalam kenangan…

(pintu gerbang ke ‘penjara’)

scan0018scan0024scan0002

Dalam kenangan…

Dalam kenangan…

Comments (6)

LIRIK NURSERY RHYME YANG HAPE JADAH NTAH

Sana ada pokok

Atas ada beruk

Beruk nyanyi-nyanyi

Tak mandi pagi…

 

Bila esok pagi

Beruk bau wangi

Terjun dalam perigi

Ikan pun mati…

 

Taik bulat-bulat

Boleh buat ubat

Masuk dalam botol

Cap Orang Kuat…

 

Inilah kisahnya

Putri Gunung Ledang

Yang kehilangan

Seluar dalam…

 

 

Ni lagu yang sepupu aku ajar masa aku sekolah rendah dulu. Tak tahu lah sape pencipta lirik dan komposernya (dah tentulah bukan Habsah Hassan, Ajai, mahupun Siso), tapi agak kejadah gak lah liriknya terutama part yang Putri Gunung Ledang hilang tut tut dia. Ntah pape ntah! Kena tulah Gusti Putri Retno Dumilah kang, padan muka! Hehehe…

 

Banyak lagi lagu ntah pape yang aku blajo dari sepupu-sepapat aku yang aku rasa, anda juga pernah dengar dan mainkan masa kecik-kecik dulu. Lain tempat, lain liriknya. Banyak versi. Di antaranya ialah lagu ini:

 

Saya ada burung pipit

Satu hari jatuh sakit

Saya ingat nyamuk gigit

Gigit mata terus sepet

 

Ada sebuah kampung

Tepi gunung

Penduduknya bahagia

Ada seorang tukang kebun

Namanya oh, Fatimah

 

Oh Fatimah, oh Fatimah

Oh Fatimah, kawanku

Rupa cantik, kain batik

Oh Fatimah, I love you

 

Tidur malam mimpi-mimpi

Abu datang ke rumah

Tapi sayang, sudah pergi

Hati Fatimah kecewa~

 

Lagi satu. Lagu ni aku biasa nyanyi ngan sepupu aku sambil tepuk tangan bersilang-silang ngan dia:

 

Malam yang sepi-pi-pi

Pak Mat jual topi-pi-pi

Topinya koyak-yak-yak

Pak Mat jual tempoyak-yak-yak

Tempoyaknya basi-si-si

Pak Mat jual nasi-si-si

Nasinya enak-nak-nak

Pak Mat jual anak-nak-nak

Anaknya hilang-lang-lang

Pak Mat jual gelang-lang-lang

Gelangnya patah-tah-tah

Pak Mat jual getah-tah-tah

Getahnya putus-tus-tus

Pak Mat jual tikus-kus-kus

Tikusnya lari-ri-ri

Pak Mat jual lori-ri-ri

Lorinya rosak-sak-sak

Pak Mat jual katak-tak-tak

Katak dalam air-yir-yir

Pak Mat berak cair-ir-ir!

 

Ini pulak lebih kepada game:

 

Ola Oli kuberi nama. Saudara-saudari. Cikebum! Cikebum!

Malam-malam minggu. Siang-siang minggu. Disko! Disko!

Putih-putih melati. Ali Baba… Merah-merah delima. Miau-miau…

Siapa yang baik hati? Cinderella…

Siapa yang jadik patung?

 

Lepas tu, kanak-kanak (terdiri drpd beberapa orang) yang menyanyi lagu ni kena diam kaku, tak bergerak macam patung. Siapa yang bergerak sikit, tersenyum ke, terkelip mata ke… dia yang kalah!

 

One more song:

Cak cak koci

Tembakau lima kati

Nyonya nak beli sekampit nanti

Awak nak bunga apa?

 

Pastu sebutlah anda nak bunga apa… contohnya kalau anda nak bunga ros, lagunya akan disambung seperti berikut:

Saya nak bunga ros!

 

Awak nak kawin dengan orang kurus!

(suku kata terakhir perlu hampir sama dengan suku kata terakhir nama bunga yang dipilih)

 

Aku pernah dengar lagu Cak Cak Koci ni versi lain. Time tu diorang jadikan lagu ni sebagai lagu opening satu drama komedi Melayu kat tv Singapura yang disiarkan lama dulu:

 

Cak cak koci

Tembakau lima kontena

Busuk-busuk, wangi-wangi

Kami tetap bergaya~ ~ ~

 

Hahaha…

 

 

Lagu ni pulak ayah aku ajar dan kami nyanyikan untuk adik aku yang ketika tu kecik lagi:

 

Bang selembu, kuali sawa

Hujan gunung, mandi katun

Sirih rampai, pinang berseri

Mintak peluk, tangan kiri~ ~ ~

 

Kiranya, lagu ni seangkatan ngan Gam Gamit dan Jan Jan Jala Itik yang bertujuan untuk ajar bayi2 exercise jari-jari mereka. Entahkan betul, entahkan tidak lirik yang aku tulis ni. Aku pun tak berapa nak ingat sangat. Asal ada bunyik yang macam kedengaran betul sikit, kita LAYAAAAAAAANN!

 

Assalamualaikum

Kom apa? Kombat!

Bat apa? Batman!

Men apa? Mentol!

Tol apa? Tolak!

Lak apa? Laksa!

Se apa? Sepak!

Pak apa? Pak cik!

Ci apa? Cicak!

Ca apa? Cawan!

Wan apa?

One, two, three, four, five, six, seven, eight, nine, ten

Ten apa? Tembak!

Bak apa? Bak duit!

Duit apa? Duit Jepun!

Pun apa? Pondan!

Dan apa? Dancing!

Sing apa? Singa!

Nga apa?

Singer menawan keluarga bahagia~ ~ ~

 

 Apa yang boleh aku katakan kepada lagu kanak-kanak di atas ialah…. HAPE JADAH!!!!!!!! Hape jadah tetiba jenama Singer tersesat masuk dalam lagu ni pulak???!!!! Tak sangka diorang dapat promosi percuma!!!

 

HAPE JADAH!!!!!!! ARRGHHHHH!!!!!!!!

Leave a Comment

WIRA JALANAN BIKIN FILEM RIBAN-RIBAN RINGGIT

Kalau korang adalah ‘bekas’ kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 90an, pasti korang ingat lagi pada game Street Fighter yang memang femes pada waktu tu. Walaupun tak pernah main game SF keluaran Capcom ni, tapi watak2 game ni tetap dekat di hati aku terutamanya Chun-Li, Ryu ngan Ken; dah biasa sangat nampak kat depan mata sebab dulu ada banyak trading card ngan t-shirt watak-watak dalam game Street Fighter kat rumah aku.

Pastu diorang siap wat filem adaptasi daripada game ni yang bertajuk: STREET FIGHTER – THE ULTIMATE BATTLE. Aku tengok dua kali; first masa aku skola darjah-darjah dulu, second time plak pada bulan lepas. Yeah, bulan lepas! Tak sangka dapat tengok balik filem terbitan tahun 1994 ni…,  dengan penuh kefahaman pulak tu, memandangkan masa kecik2 mana nak paham Bahse Inggeris sangat, jadik dulu tu aku sekadar tengok bodoh je. Tak paham jalan cerita pun; orang ketawa, aku ikut ketawa. Orang mengangguk paham, aku tersengguk tido. Huha…

Memang pandai diorang pilih pelakon2 SF sebab karakter2 dalam game ngan yang berlakon real punya nampak takde beza sangat. Berikut merupakan mereka yang terkenal dalam SF, yang sempat aku snap dari filem tersebut:

vlcsnap-28781

Colonel Guile tu orang baik, General M. Bison plak jahat. Guile dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme, pelakon yang aku suka sebab badannya yang fuyoh… berketul-ketul… Eheh… Bison suka benda2 berteknologi tinggi. Platform terbang, kasut terbang, semua dia ada. Gila gajet la katakan…

vlcsnap-112420

Yang nampak normal tu tentera bawahan Col. Guile, namanya Carlos Blanka, dijadikan tebusan oleh Bison. Blanka diperlakukan mcm sekor lab rat bila dia jadi bahan ujikaji untuk menghasilkan tentera masa depan Bison, tiap hari ditorture dengan video berunsur ganas dan pembunuhan supaya dia menjadi makhluk berhati kering. Akhirnya, daripada sehensem-hensem manusia, Blanka berubah jadi bendalah hijau yang nampak tak normal tu. Macam Hulk eh? Diorang ni kalo nak wat raksasa mesti guna warna hijau. Tak bleh ke guna kaler lain? Ungu ke, pink ke, kuning ke… canggih sket. Asyik hijau je… ni siap ada rambut oren lagi. Dah macam orang utan Sepilok dah aku tengok…

vlcsnap-15294

Vega ‘kerja’ kat gelanggang perlawanan mcm tomoi ala WWE di mana orang yang perasan kuat akan cabar dia untuk beradu tenaga. Nampaknya Vega macam tak pernah kalah sebab dia ada penyokong sendiri dan penonton tanpa ragu-ragu akan bertaruh duit ke atas kemenangannya setiap kali perlawanan berlangsung. Sagat plak ketua tempat tu merangkap penjenayah seludup senjata api yang buat perjanjian bisnes ngan Bison. Dahlah takde sebelah mata, jahat plak pak cik ni. Korek bijik mata yang sebelah lagi tu kang, ha…

vlcsnap-25849

Hah… ni lah karekter yang dekat di hati aku. Chun-Li memang cun. Buah hati Guile. Ryu ngan Ken walaupun satu geng sebab belajar karate sama2, tapi selalu je tak sefahaman. Lantak kome la… janji aku bahagia.

vlcsnap-26238

Bersama-sama Chun-Li Zhang sebagai journalist, Honda ngan Balrog adalah kakitangan satu stesyen tv yang wat liputan pasal peperangan yang berlaku antara tentera AN pimpinan Guile ngan pihak Bison. Honda tu ahli sumo berdarah Hawaii yang dapat gelaran Yokozuna, Balrog plak aku tak pasti tapi nampak gaya macam pandai bertinju. Ye ke… ntah. Pandai2 je aku reka cerita tipu.

vlcsnap-29622

Sape ni? Sape ni? Hahaha… tak sangka aku, Kylie Minogue pun berlakon dalam citer kanak-kanak ni! Aku ingatkan keje mak cik ni cuma menyanyi dan bergelek je, rupa2nya dia dah lama ceburi dunia lakonan. Hihihi… dalam SF, dia berlakon sebagai Cammy, orang kanan Guile.

vlcsnap-114723

And together, we are the street fighters! Yeah!!!

Leave a Comment

COACH BERPESAN KEPADA SAYA, BAHAWASANYA…

budak n bola

Leave a Comment

MARATHON

Aku letak entry *utk tatapan sendiri dan ngko yg sempat singgah jap kt sini* secara marathon. Maknanya letak banyak sekali gusi. Sbb nanti cuti sem, aku tak berpeluang post entry sebab tenet kat umah tu macam sloth. Lambat babun. Hingus pun laju!

Yea yea! Dah nak cuti !!!

Leave a Comment

LANGIT MALAM

langit-malam

Comments (1)

LEMBU LONCAT ATAS BULAN

picture-024

Mother Goose punya puisi…

Walaupun ayatnya pelik dan tak masuk akal, tapi enjoy…

Leave a Comment

Older Posts »