Archive for Sejarah

WANITA PIPI TAHIK

Picture 027

Aku pernah baca buku Memoirs of Geisha, tapi tak pernah tengok filemnya. Ceritanya berkisar tentang kehidupan Sayuri, wanita bertuah yang dilahirkan dengan anak mata berwarna kelabu. Kenapa bertuah? Sebab dia orang Jepun, orang Jepun matanya hitam, sama macam orang Melayu. Kita kan orang Asia.

Teringat perbualan di antara Sayuri dengan maknya yang juga beranak mata kelabu. “Kenapa mata mak warna kelabu, tak macam orang lain yang warnanya hitam?”Gitulah kot bunyiknya dalam BM, aku tak ingat sangat sebab dah lama baca, terlupa banyak. Maknya pun jawab, sebab matanya pernah tercucuk benda, pastu bocor. Dakwat hitam dalam mata pun mengalir keluar. Sebab itu anak matanya jadi warna kelabu.

Puh, pandai betul maknya dan aku menggoreng…

Pastu Sayuri membesar sebagai seorang legenda geisha handalan yang bukan hanya cantik, tapi juga pandai melayan orang… Terima kasih.

Tapi dalam berjuta-juta perkataan yang tertulis dalam buku tu, aku hanya ingat satu je perkataan Jepun selain geisha dan Sayuri. Mizuage.

………

Jadah mende mizuage tu? Adik-beradik tauge? Kek bulat bersalut coklat keluaran Mizu yang baru? Agih-agih makanan sempena hari lahir?

Salah… kosong markah…

Mizuage. Satu tradisi yang perlu dilalui oleh seseorang geisha apprentice untuk meningkat ke alam dewasa. Mizuage. Tradisi ‘hilangkan’ dara. Mengikut translasi aku yang entah betul entah kan tidak.

Ya… tradisi tuut…

Untuk menjadi geisha yang disegani kerana sudah dewasa, Sayuri perlu menjalani mizuage bersama dengan seorang lelaki terpilih. Lelaki tu bukan dipilih secara tangkap muat je, weh ko yang tengah duduk kat tepi jalan tu. Yela, ko la. Sape lagi? Dah, meh sini, kita buat mizuage. Tak, tak semudah itu. Lelaki tu perlu bet duit dengan beberapa orang lelaki ternama yang lain, pastu kalau dia menang bet tersebut, geisha tu pun jadik miliknya untuk satu malam sahaja. Mungkin untuk beberapa minit je. Ini kerana, mizuage dijalankan bukan atas dasar nafsu. Cuma nak bagi dewasa je… Tak lebih dari tu.

Yeah right… mana kita tahu.

Nafsu tu kan benda ghaib…

Dalam kes Sayuri, pasangannya ialah seorang doktor perubatan yang juga digelar sebagai lizard/cicak kerana kulitnya yang tak berapa cantik sangat. Bersisik mengalahkan bengkarung. Kesian Sayuri… tapi…, ah! Apo nak dikato, dah seniornya suruh. Buat je lah. Kalau tak sampai bila-bila pun dia akan berada di takuk yang lama, sebagai geisha yang tak matang lagi.

Mungkin ada yang menyangka bahawa kerja geisha ni tak ubah macam pelacur/kupu-kupu malam sebab asyik melayan jantan je tapi tanggapan itu disangkal wan handred persen oleh mereka yang terlibat dalam dunia tersebut. Kehidupan geisha terlindung daripada lelaki kecuali malam sahaja di mana mereka akan perform kat pentas/rumah-rumah minum yang dihadiri oleh lelaki-lelaki (kadang-kadang dihadiri oleh samurai yang terpaksa undercover semata-mata nak tengok persembahan geisha).

Joget-joget kibas kimono, bukak-katup kipas tangan kejap, pastu dah… duduk minum layan lelaki yang ngomel pasal masalah keluarga, masalah kerja, masalah tak dapat bonus, masalah buasir dan lain-lain sampai ke pagi. Takkan jadi situasi out-of-hand punya sebab geisha-geisha muda dilindung oleh geisha tua dan tuan punya rumah minum tersebut.

Bila pagi menjelang, diorang pegi sekolah, belajar main alat muzik, nyanyi dan buat household chores macam biasa. Pastu bersolek untuk pertunjukan sebelah malamnya. Aku pernah terbaca, make-up putih yang selalu kita tengok geisha pakai tu dibuat daripada taik burung bul-bul. Penuh dengan bahan kimia berbahaya plak tu, contohnya arsenik. Karsinogenik!

Gila todi! Tak boleh terima betul! Adeke selet muka ngan taik! Batal wuduk!

Eh, dahlah cerita pasal geisha-meisha ni. Aku nak pi makan. Papai!

Leave a Comment

KENAPA AKU YANG KAU PILIH???

 

janji

Puisi bodoh-bodoh ni aku wat masa tengah lepak sorang-sorang kat tepi tasik university kira-kira 2 tahun yang lalu. Ada ramai orang tengah berkayak kat tasik tu dan diorang nampak enjoy berkayak sambil main bola. Cam polo air la, aku tak pasti nama game tu. Pandangan mata aku tertumpu pada diorang tapi fikiran aku terbang melayang-layang. Jasad aku je yang tengah lepak kat situ tapi batin aku menerawang entah ke mana-mana. Ada sesuatu yang ganggu fikiran ni.

Bila nampak kapel-kapel tengah berjalan beriringan dengan pasangan memasing sambil makan aiskrim, aku teringatkan kata-kata sorang kawan baik aku yang membuatkan aku ‘lari’ ke tasik pada hari itu.

“Peng, aku nak cakap sesuatu ni. Ko jangan marah…” kawan aku tu memulakan perbualan. Aih… macam tak sedap je bunyinya… 

“Mende, beb? Ko ambik neskepe aku tanpa izin ke?”

“Aku dah declare kapel malam tadi,” dia memberitahu. Perlahan aje suaranya. Taknak bagi orang lain dengar.

“Ape??! Couple?! Dengan lelaki yang ko cerita kat aku hari tu?” aku terperanjat. Lelaki tu baru dikenalinya dalam beberapa minggu yang lalu. Tapi bukan pasal tu yang buat aku terperanjat, sebaliknya pasal benda lain.

“Abis, Piagam 125 camne, beb? Dibubarkan? Dipinda?” ciss… sanggup dia mencabuli perjanjian yang kami buat bersama.

“Bubar, ah… Nak wat camne. Seru dah datang. Sori, beb… aku yang cadangkan piagam tu, tapi aku jugak yang mencabulinya. Heheh… ko jangan beritahu orang lain plak. Aku taknak diorang kecoh.”

“Ape la ko ni… sanggup ko tinggalkan aku sorang-sorang kerana seorang lelaki… Sanggup ko lupakan piagam kita. Huuu…” aku sengaja buat dia serba-salah, tapi dia tak rasa camtu pun. Ye lah, hati tengah berbunga-bunga. Orang sepak terajang dia pun, dia rasa macam kena baling dengan kelopak bunga ros je.

Lalu, pada petang itu, aku pun merempit sorang-sorang dengan menaiki Kimora Lee Abdullah dengan ditemani perasaan yang sepi (Lagu tema: Ella – Sepi Sekuntum Mawar). Selalunya, petang-petang hari minggu camni, kawan baik aku tu selalu membonceng sama menuju ke tempat yang kami selalu lepak bersama iaitu tepi tasik universiti. Tapi hari tu aku tak ajak dia sekali. Biarlah aku sendirian. Mengenang nasib diri yang ‘ditinggalkan’ kawan.

Kat tepi tasik nilah kami ‘menandatangani’ Piagam 125. Piagam yang isinya antara lain menghalang perkapelan berlaku selagi kami tidak menggenggam segulung ijazah, selagi kami belum menamatkan pengajian sarjana muda kami. Nombor 125 diambil sempena nombor bilik kawan aku tu dan juga Yamaha 125 (cc), motor idamannya. Ntah pape…

Aku ingat lagi kata-katanya: “Janji tau, selagi kita ni bergelar pelajar, jangan nak pasang pakwe-pakwe semua ni, eh. Kita namakan perjanjian ni, Piagam 125. Jangan risau Peng, aku takkan tinggalkan ko. Aku takkan berkapel punyalah…,” beria-ia benar dia. Macam dia dapat mengotakan janji tu. Aku mengiakan je sebab aku tau perkara tu takkan terjadi kepada aku. Aku berkapel? Aku yang buruk ni? Somehow, I know ianya mustahil berlaku… aku mengerti keadaan diri…

Takpelah… ko nak berpasangan, silakan. Aku tak kisah, aku beritahu dia. Aku doakan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin, seterusnya berbahagia ke anak cucu. Kebahagiaan kawan aku tu, kebahagiaan aku juga. Piagam 125 tu kita lupakan jelah. Kasi hanyut dalam air tasik ni. Masa berubah, hati pun boleh berubah. Tunaikanlah fitrah hidup manusia yang berkeinginan untuk mancari pasangan tu. Sekarang ni, good men are hard to come by. Ada depan mata, kebas je, jangan tak kebas! Cuma aku je yang belum bertemu seseorang yang ditakdirkan untuk aku. Aku tak tahu bila dan di mana, dengan siapa. Tapi aku percaya, jodoh pertemuan hidup mati tu di tangan Tuhan. Janji Tuhan pasti dikotakan. Siapalah aku untuk mempersoalkannya…

Jadi, pada hari itu, di tepian tasik itu, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Piagam 125 dan juga selamat tinggal kepada kawan aku kerana dia sudah meninggalkan aku dan dunia yang kami sama-sama huni bersama selama hampir 4 tahun. Dunia apa, tu?

Dunia itu ialah… dunia solo…

 kuang kuang kuang…

Comments (1)

DI PUNGGUNGNYA ADA API YANG MENYALA-NYALA

grave

Nak tau tak…satu cerita seram…

 

Orang kata, kunang-kunang/firefly tu ROH orang yang dah mati turun ke bumi. Nak jenguk kaum keluarga dan sanak-saudara yang ditinggalkan. Diulangi: ROH orang mati!

 

Well, orang yang kata tu… makcik aku. Pandai je reka cerita. Cett…

Aku ingat lagi, waktu kecik-kecik, bila balik kampung kat Pontian, mesti tangkap kunang-kunang time malam. Pagi, kunang-kunang tak keluar. Mereka tidur… eheh. Tangkap banyak-banyak, pastu letak dalam baju dan buat gaya jalan cam robot kuning dalam citer Star Wars. Bajet kunang-kunang tu LED la… seronok… untuk kanak-kanak bawah 8 tahun je. Kalo buat gaya camtu bila umur dah lanjut cam aku ni, orang kata kena badi biawak. So, cepat-cepat la bawak berubat dengan dukun kampung…

Nak tangkap kunang-kunang mesti kat kampung. Setakat ni aku tak pernah tangkap serangga ni kat bandar. Mungkin bandar terlalu berjerebu. Sampai cahaya kat buntut kunang-kunang pun bleh tenggelam.

Oh ya, lepas makcik aku cakap camtu, terus aku tak tangkap dah kunang-kunang. Yela… kunang-kunang tu kan roh orang mati. Macam seram gak ar… walaupun tak masuk di akal.  Walhal, dulu bila ternampak kunang-kunang je, aku jadi excited sangat sampai terloncat-loncat macam kera kena belacan. Tapi aku tak terloncat-loncat pulak bila nampak kera. Lari kencang, ada la!

Kunang-kunang tu serangga ajaib tau! Mana ada serangga atau hewan lain yang gi jalan-jalan bawak torchlight? Torchlight ni bernyawa pulak. Allah Taala tu Maha Bijaksana. DiciptaNya serangga sekecil ini, tapi canggih gila!

Orang kata… (yang ni bukan makcik aku yang kata) hayat kunang-kunang ni tak lama. Sehari je dia hidup. Pastu mati. Ye ke? Kalo ye… ish…ish… rugi. Dunia ni indah tau. Lagi-lagi bila waktu malam, bulan terang, bintang beribu, ada kunang-kunang terbang bebas… siok ah…

Biasalah, yang indah tu cuma sementara. Bunga yang kembang pun akan layu juga akhirnya. Kita yang indah gak ni pun akan mati. Jadi kunang-kunang. Eh, mana ada gitu!

Apa-apapun, mari tengok cerita Grave of Fireflies terbitan Ghibli Studio. VCD ada dijual kat Mid Valley ke, mana-manalah… carik jelah.

Sure menangis sendu.

Leave a Comment