Archive for Puisi Bodoh-bodoh

KENAPA AKU YANG KAU PILIH???

 

janji

Puisi bodoh-bodoh ni aku wat masa tengah lepak sorang-sorang kat tepi tasik university kira-kira 2 tahun yang lalu. Ada ramai orang tengah berkayak kat tasik tu dan diorang nampak enjoy berkayak sambil main bola. Cam polo air la, aku tak pasti nama game tu. Pandangan mata aku tertumpu pada diorang tapi fikiran aku terbang melayang-layang. Jasad aku je yang tengah lepak kat situ tapi batin aku menerawang entah ke mana-mana. Ada sesuatu yang ganggu fikiran ni.

Bila nampak kapel-kapel tengah berjalan beriringan dengan pasangan memasing sambil makan aiskrim, aku teringatkan kata-kata sorang kawan baik aku yang membuatkan aku ‘lari’ ke tasik pada hari itu.

“Peng, aku nak cakap sesuatu ni. Ko jangan marah…” kawan aku tu memulakan perbualan. Aih… macam tak sedap je bunyinya… 

“Mende, beb? Ko ambik neskepe aku tanpa izin ke?”

“Aku dah declare kapel malam tadi,” dia memberitahu. Perlahan aje suaranya. Taknak bagi orang lain dengar.

“Ape??! Couple?! Dengan lelaki yang ko cerita kat aku hari tu?” aku terperanjat. Lelaki tu baru dikenalinya dalam beberapa minggu yang lalu. Tapi bukan pasal tu yang buat aku terperanjat, sebaliknya pasal benda lain.

“Abis, Piagam 125 camne, beb? Dibubarkan? Dipinda?” ciss… sanggup dia mencabuli perjanjian yang kami buat bersama.

“Bubar, ah… Nak wat camne. Seru dah datang. Sori, beb… aku yang cadangkan piagam tu, tapi aku jugak yang mencabulinya. Heheh… ko jangan beritahu orang lain plak. Aku taknak diorang kecoh.”

“Ape la ko ni… sanggup ko tinggalkan aku sorang-sorang kerana seorang lelaki… Sanggup ko lupakan piagam kita. Huuu…” aku sengaja buat dia serba-salah, tapi dia tak rasa camtu pun. Ye lah, hati tengah berbunga-bunga. Orang sepak terajang dia pun, dia rasa macam kena baling dengan kelopak bunga ros je.

Lalu, pada petang itu, aku pun merempit sorang-sorang dengan menaiki Kimora Lee Abdullah dengan ditemani perasaan yang sepi (Lagu tema: Ella – Sepi Sekuntum Mawar). Selalunya, petang-petang hari minggu camni, kawan baik aku tu selalu membonceng sama menuju ke tempat yang kami selalu lepak bersama iaitu tepi tasik universiti. Tapi hari tu aku tak ajak dia sekali. Biarlah aku sendirian. Mengenang nasib diri yang ‘ditinggalkan’ kawan.

Kat tepi tasik nilah kami ‘menandatangani’ Piagam 125. Piagam yang isinya antara lain menghalang perkapelan berlaku selagi kami tidak menggenggam segulung ijazah, selagi kami belum menamatkan pengajian sarjana muda kami. Nombor 125 diambil sempena nombor bilik kawan aku tu dan juga Yamaha 125 (cc), motor idamannya. Ntah pape…

Aku ingat lagi kata-katanya: “Janji tau, selagi kita ni bergelar pelajar, jangan nak pasang pakwe-pakwe semua ni, eh. Kita namakan perjanjian ni, Piagam 125. Jangan risau Peng, aku takkan tinggalkan ko. Aku takkan berkapel punyalah…,” beria-ia benar dia. Macam dia dapat mengotakan janji tu. Aku mengiakan je sebab aku tau perkara tu takkan terjadi kepada aku. Aku berkapel? Aku yang buruk ni? Somehow, I know ianya mustahil berlaku… aku mengerti keadaan diri…

Takpelah… ko nak berpasangan, silakan. Aku tak kisah, aku beritahu dia. Aku doakan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin, seterusnya berbahagia ke anak cucu. Kebahagiaan kawan aku tu, kebahagiaan aku juga. Piagam 125 tu kita lupakan jelah. Kasi hanyut dalam air tasik ni. Masa berubah, hati pun boleh berubah. Tunaikanlah fitrah hidup manusia yang berkeinginan untuk mancari pasangan tu. Sekarang ni, good men are hard to come by. Ada depan mata, kebas je, jangan tak kebas! Cuma aku je yang belum bertemu seseorang yang ditakdirkan untuk aku. Aku tak tahu bila dan di mana, dengan siapa. Tapi aku percaya, jodoh pertemuan hidup mati tu di tangan Tuhan. Janji Tuhan pasti dikotakan. Siapalah aku untuk mempersoalkannya…

Jadi, pada hari itu, di tepian tasik itu, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Piagam 125 dan juga selamat tinggal kepada kawan aku kerana dia sudah meninggalkan aku dan dunia yang kami sama-sama huni bersama selama hampir 4 tahun. Dunia apa, tu?

Dunia itu ialah… dunia solo…

 kuang kuang kuang…

Comments (1)

DI PUNGGUNGNYA ADA API YANG MENYALA-NYALA

grave

Nak tau tak…satu cerita seram…

 

Orang kata, kunang-kunang/firefly tu ROH orang yang dah mati turun ke bumi. Nak jenguk kaum keluarga dan sanak-saudara yang ditinggalkan. Diulangi: ROH orang mati!

 

Well, orang yang kata tu… makcik aku. Pandai je reka cerita. Cett…

Aku ingat lagi, waktu kecik-kecik, bila balik kampung kat Pontian, mesti tangkap kunang-kunang time malam. Pagi, kunang-kunang tak keluar. Mereka tidur… eheh. Tangkap banyak-banyak, pastu letak dalam baju dan buat gaya jalan cam robot kuning dalam citer Star Wars. Bajet kunang-kunang tu LED la… seronok… untuk kanak-kanak bawah 8 tahun je. Kalo buat gaya camtu bila umur dah lanjut cam aku ni, orang kata kena badi biawak. So, cepat-cepat la bawak berubat dengan dukun kampung…

Nak tangkap kunang-kunang mesti kat kampung. Setakat ni aku tak pernah tangkap serangga ni kat bandar. Mungkin bandar terlalu berjerebu. Sampai cahaya kat buntut kunang-kunang pun bleh tenggelam.

Oh ya, lepas makcik aku cakap camtu, terus aku tak tangkap dah kunang-kunang. Yela… kunang-kunang tu kan roh orang mati. Macam seram gak ar… walaupun tak masuk di akal.  Walhal, dulu bila ternampak kunang-kunang je, aku jadi excited sangat sampai terloncat-loncat macam kera kena belacan. Tapi aku tak terloncat-loncat pulak bila nampak kera. Lari kencang, ada la!

Kunang-kunang tu serangga ajaib tau! Mana ada serangga atau hewan lain yang gi jalan-jalan bawak torchlight? Torchlight ni bernyawa pulak. Allah Taala tu Maha Bijaksana. DiciptaNya serangga sekecil ini, tapi canggih gila!

Orang kata… (yang ni bukan makcik aku yang kata) hayat kunang-kunang ni tak lama. Sehari je dia hidup. Pastu mati. Ye ke? Kalo ye… ish…ish… rugi. Dunia ni indah tau. Lagi-lagi bila waktu malam, bulan terang, bintang beribu, ada kunang-kunang terbang bebas… siok ah…

Biasalah, yang indah tu cuma sementara. Bunga yang kembang pun akan layu juga akhirnya. Kita yang indah gak ni pun akan mati. Jadi kunang-kunang. Eh, mana ada gitu!

Apa-apapun, mari tengok cerita Grave of Fireflies terbitan Ghibli Studio. VCD ada dijual kat Mid Valley ke, mana-manalah… carik jelah.

Sure menangis sendu.

Leave a Comment

ATUKKU TAKDE GIGI

Atuk yang kusayang. Kuat dan gagah sekali. Pagi mengait sawit. Melonggok nenas di tepi parit. Tengah hari di tepian kali. Mengutil buah kopi. Petang di bawah rumah. Mengetam kayu, membaiki yang patah. Senja bukannya beban. Menghalau ayam balik ke reban. Atuk gembira bukan kepalang. Bila seluruh masanya tak terbuang.

 

Atuk yang kusayang. Malam menggulung cerut. Meneliti not lagu, dahinya berkerut. Dikelilingi cucu yang ingin tahu. Atuk berdehem, kami menunggu. Atuk bangun tunduk hormat. Lalu biola digesek cermat. Selesai pertunjukan, kami bersorak. Atuk puas, menghirup kopi pekat.

 

Atuk yang kusayang. Minat memancing takkan goyang. Bila kami balik ke kampung. Atuk menunggu dengan tabung. “Kita ke parit. Tangkap tempolong”. Kami setuju, berlarian ke kolong. Atuk tersengih, nampak gigi ompong. Melihatkan nenek yang mula memuncung.

 

Atuk yang kusayang. Kini tiada lagi. Yang tinggal hanya kenangan abadi. Atuk pergi, mustahil kembali. Pergi menemui yang Maha Suci. Tinggallah nenek seorang diri. Dan kami yang memakan budi.

 

Atuk yang kusayang. Tahukah kau, atuk? Rindu aku dengan kekehmu. Rindu nak dengar ceritamu. Terhibur dengar telor Jawamu. Rindu nak lihat kau gesek biola. Petik gambus, tepuk bongo. Rindu nak pergi ke kebun bersama. Rindu nak duduk-duduk bawah rumah. Bual-bual pasal sekolah, pasal sekarang dan sudah. Rindu nak duduk di ribamu. Seperti selalu masa aku kecil dahulu.

 

Semoga kita berjumpa lagi. Di alam yang kekal abadi. Dan atuk takkan sunyi lagi. Kerana atuk paling kusayangi…

atuk

atuk2

Leave a Comment

OTAK MANUSIA KALAHKAN KOMPUTER… CAYALAH!

kompite2

Secanggih mana pun komputer kita, mana bleh tandingi kehebatan otak manusia. Komputer tu sendiri adalah hasil buah tangan daripada otak. Takde otak, akal, mane nak datang komputer. Jauh sekali alatan untuk beristinjak. Kahatptuihh!

Comments (5)

HARI INI DALAM KEJIWANGAN

mamatLayan zass jelah… tak tau nak tulis ape.

Leave a Comment

DALAM HATI ADA SATU RASA

picture-0181

Dalam hati aku ada satu rasa

Yang aku pendam agak lama

Sejak kita masih remaja

Aku yakin sepenuhnya

Rasa itu untuk engkau sahaja

 

Hei, kau nak tahu

Apakah rasa itu?

Rasa itu indah betul

Ibarat ros yang mewangi

Aku siram dan baja setiap hari

Hingga mekar setaman hati

 

Rasa itu buat aku gelabah

Bila kau ada dekat di sisi

Rasa itu buat aku tak keruan

Bila aku tak nampak wajah kau sehari

 

Entah aku tak faham

Kadangkala rasa itu buat aku rindu

Bila kita jauh

Kadangkala rasa itu buat aku benci

Bila engkau macam tak mengerti

 

Bila aku tahu kau dah berpunya

Aku ingat rasa itu akan binasa

Hangus bersama hati yang lara

Tapi rasa itu makin membara

Akhirnya menyala-nyala

 

Walaupun kau tak rasa

Macam apa yang aku rasa

Biarlah, tak mengapa

Biar aku yang derita

Menanggung rasa

Asalkan kau bahagia

Memang semuanya salah aku

Tak berani berterus-terang

Macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan?

Malu…

Aku takut dikata

Bagai perigi mencari timba

Nah, akhirnya hati kau dicuri orang

Ada tak lagi untukku peluang?

 

Dalam hati aku ada satu rasa

Walaupun aku dah teruk terseksa

disebabkannya

Aku berjanji takkan beritahu sesiapa

Pasal rasa yang satu itu

Kalau tidak ia bukan lagi rahsia

Debaran  ini pun akan serta-merta tiada

Takkan ada lagi yang istimewa

Pada rasa itu

 

…..

 

Faham tak kau?

Rasa itu tetap untuk kau

Sehingga aku berjaya

Cari yang setara

 

Dalam hati aku ada satu rasa…

 

Catatan:

Puisi ni tercipta ketika aku duduk-duduk berehat tepi pokok sukun. Kuliah start lagi sejam, lama la plak aku rasa nak tunggu. So aku yang gatal tangan ni pun keluarkan pensel ngan buku, terus lakukan contengan ilmiah. Daripada tak buat apa-apa. Nak borak-borak, member plak takde. Ntah mana ntah diorang merayap, tinggalkan aku sorang-sorang yang cun ni bawah pokok sukun. Hape jadah… nasib baik ade gazebo, bleh gak berteduh dari panas matahari. Puisi ni, aku ingatkan nak buat 2 rangkap je, tapi meleret sampai 7-8 rangkap. Inilah hasilnya klo kuat berangan dan merapu.

Comments (10)

DEDIKASI UTK BAND INDIE ‘HUJAN’

hujan

Nota Kaki:

Masa tengah layan lagu diorang dalam bilik berfikir, terciptalah puisi buduh untuh HUJAN, band indie kesukaan aku…

Bilik berfikir ialah jamban.

Leave a Comment

KERTAS HATI

Sehelai kertas merah

Berbentuk hati

Tergantung di tengah-tengah

Tingkap jati

 

Kertas berbentuk hati

Hidup berdikari

Rasa dah cukup

Nak bersendiri

 

Ditiup bayu pagi

Terbuai-buai

Kertas berbentuk hati

Pening mamai

 

Hujan turun

Di bulan Jun

Kertas berbentuk hati

Basah lencun

 

Suria memancar

Di tengah hari

Kertas berbentuk hati

Kering sendiri

 

Hidup sunyi

Tak ada teman

Kertas berbentuk hati

Mula perasan

 

Tingkap jati

Dipasang bidai

Kertas berbentuk hati

                                                            Akhirnya dibelai

wish

Nota kaki:

Untuk wanita yang bajet strong, tak perlukan lelaki, tak mau kawin dan yang masih bersendiri… puisi ni untuk hangpa…

Leave a Comment

PENGHUNI RUANG KECIL

Dia yang selalu ada

Di ruang kecil itu

Sering mengintai dan tersenyum

Di tangannya ada

Sekuntum mawar

Yang tak akan layu

 

Di kala malam

Penuh bintang

Terbayang memori indah

Di langit

Dia di ruang kecil itu

Duduk menemaninya

Tak jemu bersama

Senyum dan mawar yang takkan layu

 

Dulu ruang kecil itu

Gelita kosong tanpa hidupan

Suatu hari dia hadir

Tak semena-mena

Bawa senyuman dan mawar

Sepi ditampal angan-angan

Ruang kecil itu

Jadi seindah kayangan

 

Sejak itu dia menghuni

Ruang kecil itu

Dia tak akan berganjak

Selagi tak diminta

Ruang kecil itu miliknya

Dia ingin di situ

Buat selamanya

 

Masa berlalu

Dah lama dia di situ

Dalam kesibukan asakan waktu

Dia mengintai sekali-sekala

Supaya  dia tidak dilupa

Oleh sang pemuja

Mawar yang dihulur

Tak pernah disambut

Dia cuma penghuni

Di ruang kecil itu

 

Walaupun dia cuma

Penghuni di ruang kecil itu

Dia tak akan pernah disisih

Ruang kecil itu tetap

Ada untukknya walau

Sang pemuja menyambut

Mawar dari tangan yang lain

 

Jika itu berlaku

Dia akan tetap di situ

Bersama segaris senyuman

Dan mawar mewangi

Di tangan

Dia tahu

Dirinya istimewa

Dia tetap dikenang

Di ruang kecil itu

 

 

….

 

Kerana dia

Cinta pertama sang pemuja

Ruang kecil itu

Tetap ada untukknya…


 

 

Catatan:

Puisi bodoh aku lagi. Tercipta di kala kebosanan. Persoalannnya, apakah yang dimaksudkan dengan frasa ‘di ruang kecil itu?’ peh… dah macam soalan sastera SPM da…

Hakikatnya, ‘ruang kecil tu’ ada dalam kita semua… tempat yang penuh dengan perasaan…

Leave a Comment