Archive for Aku Mengarut

MAJOR PLASTIC SURGERY DI ALAM FANTASI

untitled

Comments (1)

OTAK MANUSIA KALAHKAN KOMPUTER… CAYALAH!

kompite2

Secanggih mana pun komputer kita, mana bleh tandingi kehebatan otak manusia. Komputer tu sendiri adalah hasil buah tangan daripada otak. Takde otak, akal, mane nak datang komputer. Jauh sekali alatan untuk beristinjak. Kahatptuihh!

Comments (5)

DALAM HATI ADA SATU RASA

picture-0181

Dalam hati aku ada satu rasa

Yang aku pendam agak lama

Sejak kita masih remaja

Aku yakin sepenuhnya

Rasa itu untuk engkau sahaja

 

Hei, kau nak tahu

Apakah rasa itu?

Rasa itu indah betul

Ibarat ros yang mewangi

Aku siram dan baja setiap hari

Hingga mekar setaman hati

 

Rasa itu buat aku gelabah

Bila kau ada dekat di sisi

Rasa itu buat aku tak keruan

Bila aku tak nampak wajah kau sehari

 

Entah aku tak faham

Kadangkala rasa itu buat aku rindu

Bila kita jauh

Kadangkala rasa itu buat aku benci

Bila engkau macam tak mengerti

 

Bila aku tahu kau dah berpunya

Aku ingat rasa itu akan binasa

Hangus bersama hati yang lara

Tapi rasa itu makin membara

Akhirnya menyala-nyala

 

Walaupun kau tak rasa

Macam apa yang aku rasa

Biarlah, tak mengapa

Biar aku yang derita

Menanggung rasa

Asalkan kau bahagia

Memang semuanya salah aku

Tak berani berterus-terang

Macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan?

Malu…

Aku takut dikata

Bagai perigi mencari timba

Nah, akhirnya hati kau dicuri orang

Ada tak lagi untukku peluang?

 

Dalam hati aku ada satu rasa

Walaupun aku dah teruk terseksa

disebabkannya

Aku berjanji takkan beritahu sesiapa

Pasal rasa yang satu itu

Kalau tidak ia bukan lagi rahsia

Debaran  ini pun akan serta-merta tiada

Takkan ada lagi yang istimewa

Pada rasa itu

 

…..

 

Faham tak kau?

Rasa itu tetap untuk kau

Sehingga aku berjaya

Cari yang setara

 

Dalam hati aku ada satu rasa…

 

Catatan:

Puisi ni tercipta ketika aku duduk-duduk berehat tepi pokok sukun. Kuliah start lagi sejam, lama la plak aku rasa nak tunggu. So aku yang gatal tangan ni pun keluarkan pensel ngan buku, terus lakukan contengan ilmiah. Daripada tak buat apa-apa. Nak borak-borak, member plak takde. Ntah mana ntah diorang merayap, tinggalkan aku sorang-sorang yang cun ni bawah pokok sukun. Hape jadah… nasib baik ade gazebo, bleh gak berteduh dari panas matahari. Puisi ni, aku ingatkan nak buat 2 rangkap je, tapi meleret sampai 7-8 rangkap. Inilah hasilnya klo kuat berangan dan merapu.

Comments (10)

BAKAL-BAKAL DATUK SMS

said

Nota kaki:

Bilakah agaknya Malaysia boleh ada pangkalan angkasa lepas sendiri cam NASA tu ek? Ntah2 klo ada pun, aku dah lama jadik gas asli/petroleum a.k.a dah kojol lama dah!!! Pape pun, aku teringin nak mengembara ke Lohong Hitam. Cam syok je bunyiknye…

Leave a Comment

KERTAS HATI

Sehelai kertas merah

Berbentuk hati

Tergantung di tengah-tengah

Tingkap jati

 

Kertas berbentuk hati

Hidup berdikari

Rasa dah cukup

Nak bersendiri

 

Ditiup bayu pagi

Terbuai-buai

Kertas berbentuk hati

Pening mamai

 

Hujan turun

Di bulan Jun

Kertas berbentuk hati

Basah lencun

 

Suria memancar

Di tengah hari

Kertas berbentuk hati

Kering sendiri

 

Hidup sunyi

Tak ada teman

Kertas berbentuk hati

Mula perasan

 

Tingkap jati

Dipasang bidai

Kertas berbentuk hati

                                                            Akhirnya dibelai

wish

Nota kaki:

Untuk wanita yang bajet strong, tak perlukan lelaki, tak mau kawin dan yang masih bersendiri… puisi ni untuk hangpa…

Leave a Comment

BARANG-BARANG ANGKAT

 

Aku ada banyak belongings yang aku sayang. Antara barang2 tu sangat berguna dan ade yang tahap buat sakit retina mata. Barang2 kita, memang la kita sayang. Nama pun barang, hak, properties… klo nama dia sampah buat ape nak sayang2? Ade ke something yang ada sentimental value pd kita, kita panggil sampah? Adeke? Adeke?? Setiap barang yg aku rasa cambest sket, aku bagi nama. Wallaweh… ni bukan takat barang lagi ni! Ni dah dikira barang angkat. Adopted things! Sukati ar… barang kita. Kita kena value. Jaga sebaik mungkin. Aku bukan anak orang kaya, duit poket tiap bulan dapat riban-riban. Semua benda mcm xde apa2 feeling pun, bleh pakai buang, rosak ganti baru, dah lusuh bagi je kat orang atau kat tong sampah, klo dah tak sempurna simpan je dlm stor… TIDAK…!!! Aku rasa kesian siot kat barang lama. Selama ni kita pakai dia, dia berkhidmat utk kita. Last2, bila dah tak berguna, kita buang kt tong sampah! Aku selalu rasa barang2 tu bernyawa. Tengok je apa aku wat kat dia. Nanti klo aku buang diorang, camne diorang nak survive? Aku slalu tertanya-tanya. Dahlah diorang takde mak abah. Tu pemikiran aku dolu-dolu… time sekolah rendah. Bodoh melantun-lantun. Yelah, dulu time skola rendah, cik guru-guru slalu je bagi homework karangan autobiografi ‘Saya Sebuah Jam’ lah… ‘Aku Sebatang Pokok Kelapa’ lah… ‘Saya Sepasang Kasut Sukan’ lah… ‘Saya Sebentuk Cincin’ lah… cakap… cakap… ape lagi? Sume aku dah baca dan buat sampai nak termuntah-muntah angkara preparation untuk UPSR. Dari situlah datangnya fantasi ngarut-ngarut ni. Padahal, barang2 tu, selai bulu roma pun haram takde, aku yang lebih-lebih tangkap leleh. Ape la aku ni.

Tapi ade satu cite kartun tayang masa krismas tahun bila entah, lama sangat dah, sampai skrg aku takleh lupa. Citer pasal kehidupan sehelai pembalut hadiah, cuma yang pasti tajuknya bukanlah ’Saya Sehelai Pembalut Hadiah’. Klo camtulah gaya tajuknya, alamatnya depan tv gak aku muntah ijau! Best gila citer tu. Sedih sampai nak menangis aku dibuatnya. Tapi aku tahan gak ayak mata sbb time tu tengok ngan abang aku. Malu la nangis sebab tengok kartun. Cam bodoh lak. Lain la klo tengah tengok filem Hindustan. Lepas tengok citer tu, bila tiap kali dapat hadiah je, abang aku akan simpan kertas pembalut hadiah dalam satu fail. Sampai bertimbun-timbun. Ntah nak wat pe ntah. Tapi aku rasa ni mesti penangan citer kartun tu dia jadik camni. Simpan present wrapper? Lelaki plak tu? Gila pelik. Nasib baik tabiat tu tak berterusan sampai sekarang. Klo tak… sah… mental abang aku!

Pak Man

Patung first aku beli sendiri dalam jangka masa 20+ tahun aku hidup. Best wat peluk time tido. ‘Pak Man’ singkatan untuk Tapak Sulaiman. Watak Patrick Star dalam Spongebob Squarepants. Aku bukannya gemar no kumpul anak patung ke, teddy bear ke… menyemak! Lagipun aku gerun tengok mata anak patung, macam nampak hidup. Taknak la!!! Masa aku kecik, mak aku slalu kata, malam2 anak patung bangun, jalan-jalan keliling rumah pastu cekik tuannya sebab tuan dia jahat, suka hempas dia atas lantai time main. Eleh mak… cakap camtu sebab taknak belikan aku patung la tu! Heheh… tapi aku tak kesah sangat. Time kecik-kecik, aku tomboy sket.

dsc05971_00
 

Mr Jamri

Kaktus aku. Murah je… RM2.50. Tak banyak ragam. Tak payah siram air sangat. Kaktus la katakan. Sesekali bilik ni kena ada kehijauan skit. Biar terang bijik mata. Aku letak Jamri kat tepi tingkap supaya dapat banyak cahaya matahari. Nama Jamri diambil daripada: Jam- tajam, Ri- duri. Sekali dengar mcm nama manusia. Klo silap haribulan, mesti orang ingat Jamri tu pakwe aku. Huahua…

Encik Max

Bukan orang, jauh sekali lelaki Eropah yang hidungnya mengalahkan kepanjangan sesungut udang galah. Mende plak Max ni? Soalan: takde nombor 13 pada muka Max. Hoyeah… Max ialah jam tangan! Mak hadiahkan sempena result UPSR aku yang amat membanggakan. Dulu aku tak suka kat Max sebab macam selera orang tua. Tapi sekarang, jam tu sangat seswai utk grown-up macam aku. Aku jadik suka plak. Pilihan mak memang menjangkau masa depan.

Kimora Lee Abdullah

Bukan model terkenal. Kimora Lee ialah nama untuk motor Yamaha Lagenda aku. Hahaha… asset pertama yang aku ada, beli guna duit pinjaman pelajaran untuk degree aku. Hasil berjimat cermat. Dulu aku tak tau pun ada model nama Kimora Lee. Sumpah! Yang aku tau Kimora stands for: Ki- laki aku, Mo- si motor, Ra- merah. Laki aku si motor merah. Lagipun aku suka actor Takuya Kimura. Lee/Li tu nama singkat aku kat rumah. Hahaha…

 

 

a1

Hans, Pisi dan Albino

Lain-lain benda yang macam tak penting. Tak yah cerita. Ape-ape pun, jagalah barangan kita dengan secermat mungkin. Kalo hilang, rosak ke, ape ke… memang boleh diganti, tapi tetap tak sama dengan yang asal. Nilai sentimentalnya tarak!

Nota kaki:

Setelah beberapa bulan hidup bersama Mr Jamri, dia telah meninggalkan aku kerana sakit tua, eh! Bukan! Aku letak Jamri kat tingkap seperti biasa. Pada hari yang malang  tu, aku sidai baju  yang baru dibasuh kat tingkap yang sama Jamri bertenggek. Bila baju dah kering, aku angkat dan tak sedar hujung baju terlanggar Jamri. Jamri pun jatuh, zooooom… kebuak!!! Atas simen. Pokok mane yang bleh survive jatuh dari aras 3? Lagipun Jamri tu anak kaktus. Aku tersedar Jamri dah innalillah bila aku jenguk keluar tingkap beberapa hari selepasnya. Time tu aku hanya mampu menjerit dalam hati: ‘JAMRI !!!!!!!!’

 

 

jamri

 

 

Leave a Comment

LEMAS DALAM LAUT

laskar

Leave a Comment

SIRI TEGAK SEGALA BULU DI BADAN

EPISOD: BAU MISTERI

 

Arakian, terdapat dua orang kawan baik tinggal di sebuah kampung. Kampung Kaki Cagu namanya. Nak dijadikan cerpen murahan, dua kawan baik itu, Alang dan Peja, merupakan ahli Kelab Pencari Hantu atau ala-ala the Seekers la gamaknya. Kelab bukan kokurikulum tu diorang yang tubuhkan. Setakat ni dah ada dua orang ahli, diorang la jugak. Belia-belia sekampung malas nak layan budak dua ekor ni. Bakpe carik hantu? Hantu tu kan spesies terlaknat, huduh, buruk, kurang wangi, takde duit, bakpe nak tengok gak? Dulu pernah terjadinya demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh artis jalanan Kampung Kaki Cagu bagi membantah pertubuhan kelab ni. Bukan apa, orang kampung takut kepercayaan khurafat dan lebih takutkan hantu daripada Tuhan menular dalam masyarakat. Tapi disebabkan hobi diorang mencari entiti yang entah ada entahkan tak wujud ni menyebabkan Alang dan Peja butakan telinga pekakkan mata jelah pada komen-komen tak membina orang-orang kampung (“Pitching ada sikit lari la, dik!” jerit Mak Joyah Sukan kepada Alang ketika dia tengah menyampaikan ucapan pembukaan sempena pelancaran kelab tersebut di hadapan gerai kuih ibu Peja yang tercinta, beberapa hari sebelum siri ini ditulis). Maka pada suatu malam Khamis keliwon, malam yang penuh misteri, ketika segala isi kampung tengah syok mengadap drama seram Keliwon kat tv3, Alang dan Peja pun memulakan misi mereka… jeng…jeng…jeng…

“Lang, ko sure ke kat sini ko nampak kelibat putih tu? Dah jauh kita jalan ni! Aku tak menyaksikan ape-ape kemisterian pun… nyamuk banyaklah! Perut aku plak meragam tahap ketuat itik nih…” rintih Peja sekaligus memecah keheningan malam yang menyelubungi diri ini. Pap! Pap! Sesekali terdengar Peja menepuk-nepuk lengannya yang menjadi sasaran patukan rambang mulut-mulut nyamuk. “Ponti punya nyamuk! Hisap darah orang je tahu! Macam ponti!” dia merungut-rungut perlahan.

“A’ah… benda tu melayang-layang kat atas pokok durian Wak Bedul. Kat sinilah!” Alang menjawab sambil matanya melilau ke sana ke mari macam orang kena sampuk hantu cicak kobeng. Mencari yang dicari…

“Ntah-ntah kain putih je, beb… ko tau la Wak Bedul tu, najis hidung masin. Changkat jering… eh! Tangkai jering! Tu beliau main taktik kotor la tu supaya orang takut nak curi durian beliau! Nyampah aku…,” Peja menggigit  kamera pakai buang yang dibawanya dengan geram. Kamera tu hajatnya ingin digunakan untuk merakam gambar hantu. Jika berjaya, akan dijualnya gambar tersebut kepada penggemar gambar-gambar angker nusantara dengan harga seringgit lima kupang untuk sekeping.

“Eleh, saper lagi yang beliau nak kenakan? Kita berdua la… kan kita slalu copet durian beliau… wakakakau….” Gelak Alang bersemangat.

“Eh, a’ah la… ape bodo aku ni…,” Pejal menjawab sambil mencicit ketawa. Satu sebab mengapa orang kampung menyampah kat Peja adalah kerana ketawanya yang mencicit seperti suara tikus mondok. Ntah ape dosa Peja, tak tahulah… memang dia dilahirkan begitu. Dia tak minta jadi begitu. “Klo aku kena bermenantukan Peja, aku rela buang sebelah ovari aku!” jeritan beraroma ugutan Mak Besah Bidan Kerajaan pernah menggegarkan jalan-jalan utama Kampung Kaki Cagu pada suatu ketika dulu, ketika timbul gossip liar Peja ingin meminang anak dara Mak Besah, Bibah. “Pedulik apa aku, Besah nak buang sebelah ovari ke, nak ikat tiub Apollo ke (Fallopio), buang rahim ke… dia tu memang dah tak boleh beranak. Dah takde telur! Laki tu taknak, laki ni taknak. Macam dia plak yang nak kawin. Last-last, anak aku gak yang andartu, aku plak berbini baru!” ujar Pak Pong Pak Mustape selamba babun ketika diminta oleh para wartawan radio tanpa pencawang untuk mengulas isu tersebut.  Ternyata Pak Pong Pak Mustape, suami Mak Besah Bidan Kerajaan kurang memahami perasaan kaum hawa.

Sedang mereka ketawa dengan kuatnya, tiba-tiba muka Peja berubah warna dari coklat ciku masak, ke merah jambu, dan akhirnya ke biru lebam. Matanya terbeliak memandang Alang. Ketawa mereka mati secara beritma. Melihatkan mata Peja yang terbeliak bak bola golf, Alang cepat-cepat menggoncang bahunya.

“Peja! Ja! Naper weh??!! Ko nampak hantu ke? Ko kena sampuk ke?? Woi!!!” Alang menjerit panik. Tiada respon daripada responden.

Serentak dengan itu, bau busuk macam bangkai siamang kota menerjah lubang hidung mereka berdua. Aromanya mengalahkan segala sampah di dunia, busuk gila bapak! Busuknya tak dapat nak digambarkan dengan tulisan rumi. Mau gugur bulu hidung memasing menahan bau misteri yang terhambur dari setiap penjuru alam itu. Bulu tengkuk Alang meremang-remang, melambai-lambai macam lalang bukit ditiup angin Selat Sunda. Manakala, Peja masih lagi macam tadi. Mata terbeliak, muka warna biru, berdiri kaku keras macam paku diketuk setengah jalan pada papan.

“Fuh, bau ape ni? Busuk benar hah! Ni hantu lori sampah ke?” rungut Alang. Dia teringat arwah datuknya pernah berfalsampah: “kalo tetiba ada bau bangkai, mesti ada hantu dekat-dekat situ. Maka angkatlah jemuran sebelum hujan”. Tapi bau kali ni ‘keras’ sikit, sengit macam bau sulfur, melekat di rongga hidungnya. Tiba-tiba Alang menyedari yang Peja telah tiada lagi di sisinya. Hanya belakang Peja sahaja yang nampak nun beberapa puluh meter dihadapannya. Peja berlari kencang macam pelari pecut sukan Olimpik. Semak-samun, onak duri, aral melintang, berpatah arang, semua dia redah, lagaknya macam khinzir buta!

“Siot ko Peja! Lari tak ajak aku! ARRRGHHHHHH!!! Hantu!!!!” teriak Alang seraya membuka langkah sejuta meninggalkan dusun Wak Bedul. Ketakutan menguasai dirinya. Sepanjang larian menuju kemana-mana entah, mulut Alang tak putus-putus membaca surah itu dan ini, berzikir, malah sempat juga dia melaungkan azan. Dia tak pernah rasa sealim itu. Akhirnya, sampai gak Alang di rumahnya. Habis tubuhnya lencun bermandi keringat dingin. Terketar-ketar dia membuka daun pintu. Hanya apabila masuk ke dalam selimut sendiri yang tak berbasuh sejak setahun lalu, barulah Alang dapat melelapkan mata. Itu pun selepas 6 jam doploh minit 3.5 saat melayan kelopak mata yang sepertinya tak mahu bercantum.

PAGI BESOKNYA… (sila buat sendiri bunyi kokokan ayam jantan)

Sejak subuh lagi Alang sudah terpacak di beranda rumah keluarga Peja.

“Woi, Peja! Apsal ko lari dulu ah? Ko nak aku kena makan hantu ke? Semalam kenapa ko camtu? Ko nampak jembalang?” bertalu-talu question mark menerjah tempurung kepala Peja yang agak tebal daripada manusia biasa. Peja yang mengenakan busana Melayu asli iaitu berpelikat corak kotak-kotak cap Gajah Menyangkung di Bawah Sofa kelihatan pucat, lemah-longlai, tak bermaya karin dan berbau minyak angin Cap Cangkul pekam. Rambutnya kusut-masai dan bersepah. Sekali dilihat, Peja seperti perempuan yang tengah sarat mengandung 12 bulan. Bunting kerbau.

“Sori la…” lemah saja Peja menjawab sambil melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi rotan seraya bersimpuh rapat. “Semalam aku sakit perut tahap ya ampuuuun. Tapi ko ajak gak carik hantu. Aku taknak hampakan ko so aku join. Mak aku masak bubur kacang semalam. Dia taruk durian dalam bubur tu. Ko tau la, aku kan peminat-mati-keras bubur kacang berdurian. 3 periuk sekali aku bedal. Malam carik hantu tu aku rasa dah tak bleh blah dah. Akhirnya… bau bangkai yang ko bau tu… bau kentut aku la… busuk seh. Aku pun tak tahan. Aku tercirit sekali. Aku lari lintang-pukang nak balik rumah cepat. Sebab aku malu kat ko. Hihihi…,” Peja meluahkan dengan suara gemersik bak buluh meriam. “Sori ar, Lang… jangan cakap kat sesapa. Langsung. Lagi-lagi kat Bibah. Kalo Bibah tau, punahlah harapan aku nak jadi suami beliau. Oh… Bibah… I lap yu,” Peja buat muka layan blues.

Alang plak buat muka singa jadi-jadian. Tak percaya dengan apa yang singgah di koklea telinganya. Sia-sia dia rasa takut sepanjang malam semalam sampai tak bleh tidur. Ingatkan bau busuk hantu, rupa-rupanya bau busuk kentut kawan sendiri!

“BOLEH JALAN LA KO! BERANGAN! Nak kentut tapi terberak! Ntah ape-ape la ko ni! Tak senonoh betul! Umur dah masuk 30 tahun pun tercirit dalam seluar lagi, ada hati nak kawin??!! BLAH LA KO!!!” teriak Alang seraya meluku mulut Peja berselang-seli dengan kata-kata yang sarat berbau nista.

Peja hanya merelakan sambil ketawa mencicit-cicit.

Indah betul pagi itu.

FIN.

Mutiara kata Dr Pazilah Kam Kam My Lady: air yang tenang jangan disangka tiada boya. Bau busuk macam bangkai jangan disangka ada hantu. Mungkin, bleh jadi datang dari sesetengah daerah di badan kita, btol tak? So, jagalah kebersihan kalo taknak disamakan dengan hantu setan!! Huahuahua…

Leave a Comment

PENGHUNI RUANG KECIL

Dia yang selalu ada

Di ruang kecil itu

Sering mengintai dan tersenyum

Di tangannya ada

Sekuntum mawar

Yang tak akan layu

 

Di kala malam

Penuh bintang

Terbayang memori indah

Di langit

Dia di ruang kecil itu

Duduk menemaninya

Tak jemu bersama

Senyum dan mawar yang takkan layu

 

Dulu ruang kecil itu

Gelita kosong tanpa hidupan

Suatu hari dia hadir

Tak semena-mena

Bawa senyuman dan mawar

Sepi ditampal angan-angan

Ruang kecil itu

Jadi seindah kayangan

 

Sejak itu dia menghuni

Ruang kecil itu

Dia tak akan berganjak

Selagi tak diminta

Ruang kecil itu miliknya

Dia ingin di situ

Buat selamanya

 

Masa berlalu

Dah lama dia di situ

Dalam kesibukan asakan waktu

Dia mengintai sekali-sekala

Supaya  dia tidak dilupa

Oleh sang pemuja

Mawar yang dihulur

Tak pernah disambut

Dia cuma penghuni

Di ruang kecil itu

 

Walaupun dia cuma

Penghuni di ruang kecil itu

Dia tak akan pernah disisih

Ruang kecil itu tetap

Ada untukknya walau

Sang pemuja menyambut

Mawar dari tangan yang lain

 

Jika itu berlaku

Dia akan tetap di situ

Bersama segaris senyuman

Dan mawar mewangi

Di tangan

Dia tahu

Dirinya istimewa

Dia tetap dikenang

Di ruang kecil itu

 

 

….

 

Kerana dia

Cinta pertama sang pemuja

Ruang kecil itu

Tetap ada untukknya…


 

 

Catatan:

Puisi bodoh aku lagi. Tercipta di kala kebosanan. Persoalannnya, apakah yang dimaksudkan dengan frasa ‘di ruang kecil itu?’ peh… dah macam soalan sastera SPM da…

Hakikatnya, ‘ruang kecil tu’ ada dalam kita semua… tempat yang penuh dengan perasaan…

Leave a Comment

SAAT, MINIT DAN JAM

Cuba bahagikan 24 jam kepada 3 bahagian. Selepas melakukan kaedah cuba jaya sebanyak beberapa kali tanpa jemu, kita akan dapat jawapannya 8 jam, 8 jam dan 8 jam. ‘8 jam untuk beribadat, 8 jam untuk belajar dan 8 jam lagi untuk berehat’. Ini yang dilakukan oleh Imam Syafie *betulkan jika tersalah* sepanjang hayatnya. Sape tak kenal Imam Syafie, anak watan Palestin. Imam besar umat Islam, bukan imam kecik-kecik. Bukan imam surau Kampung Balun kat Perak nun. Ini Imam bukan calang-calang, jadi ikutan dan rujukan sekalian penganut agama Allah. Membentuk mazhab tersendiri. Lain tempat, lain la mazhab yang diamal.  Islam itu kan dinamik. Sesuai diamal di semua tempat tanpa mengira masa dan zaman. Ada je jalan penyelesaian tanpa lupakan hukum-hakam Islam. Tak perlu rendahkan martabat, maruah dan  kemaluan diri kerana kita ni makhluk berotak dan berakal lagi tinggi martabatnya antara ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain. Agama Islam mengangkat semua nilai tu tapi kita selalu nak sama ngan babun bontot merah di pergunungan bersalji nun. Berbalik pasal pembahagian masa tu, ringkas je teorinya eh? Beliau rehat selama 8 jam, rasa-rasanya aku rehat baper jam dalam sehari? Setiap saat!! Huahuahua… 8 jam berehat untuk Imam Syafie tu termasuk tidur. 8 jam rehat aku, tidur semata-mata. Kadang-kadang  sehari tidur sampai 8 jam ++. Rehat dah la setiap saat, tido plak 8 jam sehari, bila masa la nak beribadat dan belajar. Hishh… berok matyeh betul la. Memang la separuh daripada hari aku dihabiskan di bilik-bilik kuliah, dengar pensyarah ajar. Tapi berkualitikah masa aku kat bilik-bilik kuliah tu? Kalo pensyarah ajar bosan tahap lai ci kang tawar, takde masanya aku nak tadah telinga ni. Kadang-kadang rasa baik tak payah datang kuliah, baik tido lagi puas. *astaghfirullahalazim!* Tido lagik!! Tido ngan belajar, tido gak yang dipilih. Iyalah…klo belajar je, kang meletop gak kepala aku ni. Sem ini sedikit berat. Aku ambik 6 subjek yang setiap satu membawa 3 kredit. Pak Ya the educated grandpa *lecturer aku yang sebijik macam Mr Megoo* kata subjek 3 kredit ni bermaksud 3 jam: 1 jam overview subjek tu sebelum masuk kelas, 1 jam untuk dengar lecturer ajar kat kelas, dan 1 jam lagi bila kita balik kita revise ape yang telah kita belajar tadi. Tambah semuanya, tam tara ra… 3 jam. Aku hebat sikit. 1 jam je aku peruntukkan untuk dengar lecturer ajar. 2 jam lagi hilang di antara ruang masa. Hahaha… 1 jam kat bilik kuliah tu pun bukannya betol sangat aku guna. Kadang-kadang lecturer punyer lah beria-ia ‘mencarut’ depan kelas, buat pelbagai gaya nak bagi student paham, aku plak boleh buat muka pengusaha kilang najis mata yang berjaya. Berdarah hati siot klo aku jadik lecturer tu. Kadang-kadang aku melukis *nampak macam tengah khusyuk salin nota*. Alah, lukis bodoh-bodoh je. Tak boleh la… tangan aku ni gatal sangat. Takleh duduk diam. Klo la mak abah tau aku camni kat kelas, mampos dok ada. Bab beribadat selama 8 jam tu…er…belajar bukan ibadat eh? Aishh…no komen beb… aku beribadat bila dan di mana, orang tak tau. Aku tak menunjuk-nunjuk. Hahaha… *nampak sangat kurang beribadat*.

 

Satu jam yang asyik dan intensif tu jauh lebih baik dan menguntungkan daripada bertahun-tahun bermimpi dan termenung. Fikir-fikirkan dan selamat beramal…

 

Leave a Comment

Older Posts »