Archive for October, 2009

WANITA PIPI TAHIK

Picture 027

Aku pernah baca buku Memoirs of Geisha, tapi tak pernah tengok filemnya. Ceritanya berkisar tentang kehidupan Sayuri, wanita bertuah yang dilahirkan dengan anak mata berwarna kelabu. Kenapa bertuah? Sebab dia orang Jepun, orang Jepun matanya hitam, sama macam orang Melayu. Kita kan orang Asia.

Teringat perbualan di antara Sayuri dengan maknya yang juga beranak mata kelabu. “Kenapa mata mak warna kelabu, tak macam orang lain yang warnanya hitam?”Gitulah kot bunyiknya dalam BM, aku tak ingat sangat sebab dah lama baca, terlupa banyak. Maknya pun jawab, sebab matanya pernah tercucuk benda, pastu bocor. Dakwat hitam dalam mata pun mengalir keluar. Sebab itu anak matanya jadi warna kelabu.

Puh, pandai betul maknya dan aku menggoreng…

Pastu Sayuri membesar sebagai seorang legenda geisha handalan yang bukan hanya cantik, tapi juga pandai melayan orang… Terima kasih.

Tapi dalam berjuta-juta perkataan yang tertulis dalam buku tu, aku hanya ingat satu je perkataan Jepun selain geisha dan Sayuri. Mizuage.

………

Jadah mende mizuage tu? Adik-beradik tauge? Kek bulat bersalut coklat keluaran Mizu yang baru? Agih-agih makanan sempena hari lahir?

Salah… kosong markah…

Mizuage. Satu tradisi yang perlu dilalui oleh seseorang geisha apprentice untuk meningkat ke alam dewasa. Mizuage. Tradisi ‘hilangkan’ dara. Mengikut translasi aku yang entah betul entah kan tidak.

Ya… tradisi tuut…

Untuk menjadi geisha yang disegani kerana sudah dewasa, Sayuri perlu menjalani mizuage bersama dengan seorang lelaki terpilih. Lelaki tu bukan dipilih secara tangkap muat je, weh ko yang tengah duduk kat tepi jalan tu. Yela, ko la. Sape lagi? Dah, meh sini, kita buat mizuage. Tak, tak semudah itu. Lelaki tu perlu bet duit dengan beberapa orang lelaki ternama yang lain, pastu kalau dia menang bet tersebut, geisha tu pun jadik miliknya untuk satu malam sahaja. Mungkin untuk beberapa minit je. Ini kerana, mizuage dijalankan bukan atas dasar nafsu. Cuma nak bagi dewasa je… Tak lebih dari tu.

Yeah right… mana kita tahu.

Nafsu tu kan benda ghaib…

Dalam kes Sayuri, pasangannya ialah seorang doktor perubatan yang juga digelar sebagai lizard/cicak kerana kulitnya yang tak berapa cantik sangat. Bersisik mengalahkan bengkarung. Kesian Sayuri… tapi…, ah! Apo nak dikato, dah seniornya suruh. Buat je lah. Kalau tak sampai bila-bila pun dia akan berada di takuk yang lama, sebagai geisha yang tak matang lagi.

Mungkin ada yang menyangka bahawa kerja geisha ni tak ubah macam pelacur/kupu-kupu malam sebab asyik melayan jantan je tapi tanggapan itu disangkal wan handred persen oleh mereka yang terlibat dalam dunia tersebut. Kehidupan geisha terlindung daripada lelaki kecuali malam sahaja di mana mereka akan perform kat pentas/rumah-rumah minum yang dihadiri oleh lelaki-lelaki (kadang-kadang dihadiri oleh samurai yang terpaksa undercover semata-mata nak tengok persembahan geisha).

Joget-joget kibas kimono, bukak-katup kipas tangan kejap, pastu dah… duduk minum layan lelaki yang ngomel pasal masalah keluarga, masalah kerja, masalah tak dapat bonus, masalah buasir dan lain-lain sampai ke pagi. Takkan jadi situasi out-of-hand punya sebab geisha-geisha muda dilindung oleh geisha tua dan tuan punya rumah minum tersebut.

Bila pagi menjelang, diorang pegi sekolah, belajar main alat muzik, nyanyi dan buat household chores macam biasa. Pastu bersolek untuk pertunjukan sebelah malamnya. Aku pernah terbaca, make-up putih yang selalu kita tengok geisha pakai tu dibuat daripada taik burung bul-bul. Penuh dengan bahan kimia berbahaya plak tu, contohnya arsenik. Karsinogenik!

Gila todi! Tak boleh terima betul! Adeke selet muka ngan taik! Batal wuduk!

Eh, dahlah cerita pasal geisha-meisha ni. Aku nak pi makan. Papai!

Leave a Comment

POLY DAN GUMMY

Puan Gita        :           Awa, saya mau tanya sikitlah.

Puan Hawa      :           Tanya apa, Gita?

Puan Gita        :           Emm, saya hairanlah… pasal apa orang lelaki    Melayu boleh kawin ramai-ramai?

Puan Hawa      :           (Ketawa sambil beritahu serba-sedikit tentang poligami dalam      Islam)

Puan Gita        :           Hisshh… kalau saya, tak maulah! Nanti laki saya kejap celup   sana, kejap celup sini. Lepas itu, datang pada saya. Eeee… gelilah!

Puan Hawa      :           (Ketawa dengan kuat)

 

Dipetik daripada perbualan sebenar di antara emak aku dan jiran India kami, Puan Gita (bukan nama sebenar).

Comments (2)

HANTU TERBANG

antu

Em… saper dia ni? Macam tak kenal je…

Leave a Comment

SEBENTUK CINCIN DI JARI MANISNYA

Lama sungguh tinggalkan dunia diari maya. Aku kembali dengan sedikit coretan khas buat teman baik yang sama-sama membentuk Piagam 125 di tepian tasik universiti dulu.

Kudut, tahniah beb, tahniah…;p

Kau telah dipinang orang 3 Syawal yang lalu. Tapi aku rasa cam nak marah sket sebab ko tak bagi tau aku pun…

Ni pun aku dapat tau lepas lebih seminggu berhari raya. Rerupanya, ko di Perak telah beraya secara berduet, berbanding aku yang masih berlebaran secara solo saban tahun sepanjang kehidupanku di bumi.

Huwa…

Aaah… lantak pi lah dengan solo-molo neh. Aku cuma nak ucap ‘Dut, tahniah. Semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke pelaminan’. 

Wah… tak sabar nak makan nasik minyak. Kat Bagan Serai plak tu…

Comments (2)