PARKOUR – LARI, PANJAT, LOMPAT DAN LARI SEMULA!

Filem-filem yang memaparkan aksi seni mempertahankan diri seperti kungfu memang dah biasa sangat kita tengok di kaca tv dan di layar perak. Sebut saja nama-nama sifu kungfu seperti Bruce Lee, Jackie Chan dan Jet Li, semua orang tahu dan kenal. Yelah, sape tak pernah tengok diorang buat aksi akrobatik kangkang kaki 180 darjah tahap putus urat belakang lutut dalam setiap filem mereka.

Tapi, bila kita sebut pasal filem yang paparkan aksi seni menyelamatkan/melepaskan diri seperti parkour dan sifunya iaitu David Belle, William Belle, Cyril Raffaelli dan Georges Herbert, mesti kita akan terpinga-pinga sambil buat muka macam tauhu sumbat yang basi. Jadah mende? Parkour tu satu masalah… ni… si David Belle ni, pak cik sape lak?

Kalo kungfu ialah seni mempertahankan diri, parkour lak ialah seni melepaskan diri daripada suatu situasi yang berbahaya dan tak terjangka, melalui pergerakan-pergerakan yang kaya dengan keekstriman, pantas dan lasak, semuanya bertindak atas arahan otak yang berfikir dengan laju. Dalam situasi yang tersepit, seperti dikejar keluarga Ah Long Bukit Beruntung yang bersenjatakan pisau rambo 10 inci, apa yang kita ada hanyalah badan dan otak kita, selain tembok tinggi di penghujung jalan mati. Mereka yang berlatih seni parkour dengan mudah dapat memanjat tembok tersebut sebab badan diorang ni sangatlah fit, pergerakan tubuh diorang pantas, sepantas otak mereka berfikir untuk meloloskan diri. Memang itulah fokus latihan parkour yang ala-ala kombat ni. Kalo insan kerdil seperti kita yang tak punya bekalan seni parkour nak  panjat tembok segala, alamatnya meninggal dunia kat depan tembok tu jugak. Bukan sebab mati dikelar Ah Long, tapi mati patah tengkuk sebab jatuh tersadung kaki sendiri.

Oleh kerana parkour bermula di Perancis (parkour diajar kepada askar Perancis masa WW1 dan WW2 sebagai latihan militari), maka banyak juga filem Perancis yang mengangkat seni ini sebagai premis cerita mereka, untuk memberi kesedaran kepada umum yang parkour ni juga sangat penting dan cukup berguna diaplikasi terutama bila keselamatan diri terancam. Selain tu juga, latihan parkour ni buatkan badan jadi sihat dan otak jadi cerdas. Tak rugi masuk kelas latihan. Contohnya, dalam filem B13 (Banlieue 13) atau Borough 13 yang aku tengok baru-baru ni…

untitled

…menceritakan pasal kepincangan yang berlaku di dalam komuniti tertindas dan miskin bila kerajaan Perancis wujudkan ghetto, iaitu sistem pengasingan kawasan/daerah yang membawa masalah kepada negara dengan pembinaan tembok pemisah, antara ghetto-ghetto tu ialah B13. Nak tau citer lanjut, tengok la sendiri filem ni. Parkour ditonjolkan dalam beberapa babak dalam filem ni, seperti beberapa snapshot di bawah:

2

3 

parkour

5

Makhluk yang terbang ngan panjat-panjat bangunan tu monyet ke apa, weh? Lincah gila! Lepas lari, memanjat lak. Lepas panjat, melompat. Lompat bukan macam lompat teng-teng tu, tapi ni lompat dari bangunan ke bangunan yang lain! Lepas melompat, terus berlari tak berhenti. Motifnya cuma ingin melepaskan diri dari musuh, itu je. Macam lipas yang diamputasi kakinya!

Watak utamanya ialah Leito.

nn

Kalau anda dah cuba silat, karate, kungfu, taekwando, dan even capoeira, apa kata kalau kita tambah lagi list itu dengan parkour pulak. Parkour pun dah semakin mendapat tempat di Malaysia. Bila dah pro sikit, silap-silap boleh jadik bintang filem macam mamat kat atas ni.

Leave a Comment