
Secanggih mana pun komputer kita, mana bleh tandingi kehebatan otak manusia. Komputer tu sendiri adalah hasil buah tangan daripada otak. Takde otak, akal, mane nak datang komputer. Jauh sekali alatan untuk beristinjak. Kahatptuihh!

Secanggih mana pun komputer kita, mana bleh tandingi kehebatan otak manusia. Komputer tu sendiri adalah hasil buah tangan daripada otak. Takde otak, akal, mane nak datang komputer. Jauh sekali alatan untuk beristinjak. Kahatptuihh!


Maruku…eh! Maruko… kesian dia. Akibat dah slalu sangat menjadi *tumpuan* time Hari April Fool, dia jadik gini. Orang luah perasaan kat dia pun, dia ingat org tengah main-mainkan dia…
Lantak ko lah, Maruko. Layan.

Dalam hati aku ada satu rasa
Yang aku pendam agak lama
Sejak kita masih remaja
Aku yakin sepenuhnya
Rasa itu untuk engkau sahaja
Hei, kau nak tahu
Apakah rasa itu?
Rasa itu indah betul
Ibarat ros yang mewangi
Aku siram dan baja setiap hari
Hingga mekar setaman hati
Rasa itu buat aku gelabah
Bila kau ada dekat di sisi
Rasa itu buat aku tak keruan
Bila aku tak nampak wajah kau sehari
Entah aku tak faham
Kadangkala rasa itu buat aku rindu
Bila kita jauh
Kadangkala rasa itu buat aku benci
Bila engkau macam tak mengerti
Bila aku tahu kau dah berpunya
Aku ingat rasa itu akan binasa
Hangus bersama hati yang lara
Tapi rasa itu makin membara
Akhirnya menyala-nyala
Walaupun kau tak rasa
Macam apa yang aku rasa
Biarlah, tak mengapa
Biar aku yang derita
Menanggung rasa
Asalkan kau bahagia
Memang semuanya salah aku
Tak berani berterus-terang
Macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan?
Malu…
Aku takut dikata
Bagai perigi mencari timba
Nah, akhirnya hati kau dicuri orang
Ada tak lagi untukku peluang?
Dalam hati aku ada satu rasa
Walaupun aku dah teruk terseksa
disebabkannya
Aku berjanji takkan beritahu sesiapa
Pasal rasa yang satu itu
Kalau tidak ia bukan lagi rahsia
Debaran ini pun akan serta-merta tiada
Takkan ada lagi yang istimewa
Pada rasa itu
…..
Faham tak kau?
Rasa itu tetap untuk kau
Sehingga aku berjaya
Cari yang setara
Dalam hati aku ada satu rasa…
Catatan:
Puisi ni tercipta ketika aku duduk-duduk berehat tepi pokok sukun. Kuliah start lagi sejam, lama la plak aku rasa nak tunggu. So aku yang gatal tangan ni pun keluarkan pensel ngan buku, terus lakukan contengan ilmiah. Daripada tak buat apa-apa. Nak borak-borak, member plak takde. Ntah mana ntah diorang merayap, tinggalkan aku sorang-sorang yang cun ni bawah pokok sukun. Hape jadah… nasib baik ade gazebo, bleh gak berteduh dari panas matahari. Puisi ni, aku ingatkan nak buat 2 rangkap je, tapi meleret sampai 7-8 rangkap. Inilah hasilnya klo kuat berangan dan merapu.

Nota Kaki:
Masa tengah layan lagu diorang dalam bilik berfikir, terciptalah puisi buduh untuh HUJAN, band indie kesukaan aku…
Bilik berfikir ialah jamban.
Aku letak entry *utk tatapan sendiri dan ngko yg sempat singgah jap kt sini* secara marathon. Maknanya letak banyak sekali gusi. Sbb nanti cuti sem, aku tak berpeluang post entry sebab tenet kat umah tu macam sloth. Lambat babun. Hingus pun laju!
Yea yea! Dah nak cuti !!!

Nota kaki:
Bilakah agaknya Malaysia boleh ada pangkalan angkasa lepas sendiri cam NASA tu ek? Ntah2 klo ada pun, aku dah lama jadik gas asli/petroleum a.k.a dah kojol lama dah!!! Pape pun, aku teringin nak mengembara ke Lohong Hitam. Cam syok je bunyiknye…

Medium: Ink hitam ngan sodium hipochlorite. Sodium hipochlorite tu mende weh? lu pikiak la sendri !!!
Sehelai kertas merah
Berbentuk hati
Tergantung di tengah-tengah
Tingkap jati
Kertas berbentuk hati
Hidup berdikari
Rasa dah cukup
Nak bersendiri
Ditiup bayu pagi
Terbuai-buai
Kertas berbentuk hati
Pening mamai
Hujan turun
Di bulan Jun
Kertas berbentuk hati
Basah lencun
Suria memancar
Di tengah hari
Kertas berbentuk hati
Kering sendiri
Hidup sunyi
Tak ada teman
Kertas berbentuk hati
Mula perasan
Tingkap jati
Dipasang bidai
Kertas berbentuk hati
Akhirnya dibelai

Nota kaki:
Untuk wanita yang bajet strong, tak perlukan lelaki, tak mau kawin dan yang masih bersendiri… puisi ni untuk hangpa…

Kesian kat labah-labah… budak ni pun satu, takde benda lain ke dia nak bedal?