WANITA PIPI TAHIK

Picture 027

Aku pernah baca buku Memoirs of Geisha, tapi tak pernah tengok filemnya. Ceritanya berkisar tentang kehidupan Sayuri, wanita bertuah yang dilahirkan dengan anak mata berwarna kelabu. Kenapa bertuah? Sebab dia orang Jepun, orang Jepun matanya hitam, sama macam orang Melayu. Kita kan orang Asia.

Teringat perbualan di antara Sayuri dengan maknya yang juga beranak mata kelabu. “Kenapa mata mak warna kelabu, tak macam orang lain yang warnanya hitam?”Gitulah kot bunyiknya dalam BM, aku tak ingat sangat sebab dah lama baca, terlupa banyak. Maknya pun jawab, sebab matanya pernah tercucuk benda, pastu bocor. Dakwat hitam dalam mata pun mengalir keluar. Sebab itu anak matanya jadi warna kelabu.

Puh, pandai betul maknya dan aku menggoreng…

Pastu Sayuri membesar sebagai seorang legenda geisha handalan yang bukan hanya cantik, tapi juga pandai melayan orang… Terima kasih.

Tapi dalam berjuta-juta perkataan yang tertulis dalam buku tu, aku hanya ingat satu je perkataan Jepun selain geisha dan Sayuri. Mizuage.

………

Jadah mende mizuage tu? Adik-beradik tauge? Kek bulat bersalut coklat keluaran Mizu yang baru? Agih-agih makanan sempena hari lahir?

Salah… kosong markah…

Mizuage. Satu tradisi yang perlu dilalui oleh seseorang geisha apprentice untuk meningkat ke alam dewasa. Mizuage. Tradisi ‘hilangkan’ dara. Mengikut translasi aku yang entah betul entah kan tidak.

Ya… tradisi tuut…

Untuk menjadi geisha yang disegani kerana sudah dewasa, Sayuri perlu menjalani mizuage bersama dengan seorang lelaki terpilih. Lelaki tu bukan dipilih secara tangkap muat je, weh ko yang tengah duduk kat tepi jalan tu. Yela, ko la. Sape lagi? Dah, meh sini, kita buat mizuage. Tak, tak semudah itu. Lelaki tu perlu bet duit dengan beberapa orang lelaki ternama yang lain, pastu kalau dia menang bet tersebut, geisha tu pun jadik miliknya untuk satu malam sahaja. Mungkin untuk beberapa minit je. Ini kerana, mizuage dijalankan bukan atas dasar nafsu. Cuma nak bagi dewasa je… Tak lebih dari tu.

Yeah right… mana kita tahu.

Nafsu tu kan benda ghaib…

Dalam kes Sayuri, pasangannya ialah seorang doktor perubatan yang juga digelar sebagai lizard/cicak kerana kulitnya yang tak berapa cantik sangat. Bersisik mengalahkan bengkarung. Kesian Sayuri… tapi…, ah! Apo nak dikato, dah seniornya suruh. Buat je lah. Kalau tak sampai bila-bila pun dia akan berada di takuk yang lama, sebagai geisha yang tak matang lagi.

Mungkin ada yang menyangka bahawa kerja geisha ni tak ubah macam pelacur/kupu-kupu malam sebab asyik melayan jantan je tapi tanggapan itu disangkal wan handred persen oleh mereka yang terlibat dalam dunia tersebut. Kehidupan geisha terlindung daripada lelaki kecuali malam sahaja di mana mereka akan perform kat pentas/rumah-rumah minum yang dihadiri oleh lelaki-lelaki (kadang-kadang dihadiri oleh samurai yang terpaksa undercover semata-mata nak tengok persembahan geisha).

Joget-joget kibas kimono, bukak-katup kipas tangan kejap, pastu dah… duduk minum layan lelaki yang ngomel pasal masalah keluarga, masalah kerja, masalah tak dapat bonus, masalah buasir dan lain-lain sampai ke pagi. Takkan jadi situasi out-of-hand punya sebab geisha-geisha muda dilindung oleh geisha tua dan tuan punya rumah minum tersebut.

Bila pagi menjelang, diorang pegi sekolah, belajar main alat muzik, nyanyi dan buat household chores macam biasa. Pastu bersolek untuk pertunjukan sebelah malamnya. Aku pernah terbaca, make-up putih yang selalu kita tengok geisha pakai tu dibuat daripada taik burung bul-bul. Penuh dengan bahan kimia berbahaya plak tu, contohnya arsenik. Karsinogenik!

Gila todi! Tak boleh terima betul! Adeke selet muka ngan taik! Batal wuduk!

Eh, dahlah cerita pasal geisha-meisha ni. Aku nak pi makan. Papai!

Leave a Comment

POLY DAN GUMMY

Puan Gita        :           Awa, saya mau tanya sikitlah.

Puan Hawa      :           Tanya apa, Gita?

Puan Gita        :           Emm, saya hairanlah… pasal apa orang lelaki    Melayu boleh kawin ramai-ramai?

Puan Hawa      :           (Ketawa sambil beritahu serba-sedikit tentang poligami dalam      Islam)

Puan Gita        :           Hisshh… kalau saya, tak maulah! Nanti laki saya kejap celup   sana, kejap celup sini. Lepas itu, datang pada saya. Eeee… gelilah!

Puan Hawa      :           (Ketawa dengan kuat)

 

Dipetik daripada perbualan sebenar di antara emak aku dan jiran India kami, Puan Gita (bukan nama sebenar).

Comments (2)

HANTU TERBANG

antu

Em… saper dia ni? Macam tak kenal je…

Leave a Comment

SEBENTUK CINCIN DI JARI MANISNYA

Lama sungguh tinggalkan dunia diari maya. Aku kembali dengan sedikit coretan khas buat teman baik yang sama-sama membentuk Piagam 125 di tepian tasik universiti dulu.

Kudut, tahniah beb, tahniah…;p

Kau telah dipinang orang 3 Syawal yang lalu. Tapi aku rasa cam nak marah sket sebab ko tak bagi tau aku pun…

Ni pun aku dapat tau lepas lebih seminggu berhari raya. Rerupanya, ko di Perak telah beraya secara berduet, berbanding aku yang masih berlebaran secara solo saban tahun sepanjang kehidupanku di bumi.

Huwa…

Aaah… lantak pi lah dengan solo-molo neh. Aku cuma nak ucap ‘Dut, tahniah. Semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke pelaminan’. 

Wah… tak sabar nak makan nasik minyak. Kat Bagan Serai plak tu…

Comments (2)

CINTA SIAPA PALING SEJATI

cinta tuhan

Cinta tuhanku lah yang paling sejati…

Leave a Comment

SIRI TEGAK SEGALA BULU DI BADAN

EPISOD: KAWAN AKU BELANJA TEKA-TEKI, BUKAN NASI

Masa aku tengah scan lauk-pauk kat kafe universiti untuk dijadikan santapan tengah hari pada suatu hari di bulan Mac 2008, datang sorang member ke arah aku, sambil tersengih-sengih macam kupang busuk. Dia cakap: “Peng, aku nak bagi ko satu teka-teki ni. Dengar… Ia makan untuk hidup, tapi ia tak pernah minum. Apa bendanya tu? Haa… jawab! Jawab!”

“Ek eleh… Pehal lak minah ni? Datang-datang je terus bagi teka-teki, ingatkan nak belanja makan! Cett…” aku menggerutu di dalam hati.

Lepas berfikir dengan nak taknak (ye arr, perut aku dahlah kosong, kena jawab soalan teknologi makanan lak, camnelah otak aku nak berfungsi sepenuhnya…), aku pun menjawab dengan sambil lewa:

“Ia makan untuk hidup, tapi ia tak pernah minum… Entah, beb! Api, kot? Api kalo kena air, padamlah!”

Dia tersengih-sengih lagi tapi tak cakap apa-apa. Aik, macam mengejek aje…? Salah lah tu…

“Api… Api, kan? Weh, yang ko ni dari tadi asyik tersengih-sengih, pehal? Ape jawapan teka-teki ko tu? Perut aku tengah menari makyong ni!” aku tak pueh hati sambil mengacu-acukan mukanya dengan senduk nasik. Orang tengah lapo beb, memang nak marah je! An angry man is a hungry man, tak gitu?

 “Kalo nak tau jawapannya, belilah novel Ungu Karmila,” dia menjawab sambil tersengih.

“Ungu Karmila? Novel Ramlee Awang Murshid yang baru tu ke? Dah ada jual?” aku tetiba jadi excited, terlupa marah tadi.

“A’ah! Belilah dol…! Best… aku dah habis baca dah!” makcik ni siap buat 2 thumbs up lagi. Gamaknya memang best la kot.

Ni tak bleh jadik! Kena dapatkan gak novel Ungu Karmila. Bukan sebab nak tau jawapan kepada teka-teki tersebut, tapi sebab memang aku peminat novel tulisan Encik Ramlee. So, selepas insiden di kafe kelmarin, aku pun pegi MPH dan beli Ungu Karmila pada rege RM 19.90. Aku rasa rege tu cukup berpatutan untuk dilaburkan ke atas sebuah novel Melayu yang berkualiti seperti ini.

Ni pun bukan julung-julung kali aku beli novel karya Encik Ramlee, jadi seperti selalunya, aku tau kualiti, gaya penulisan dan jalan ceritanya pasti mencapai standard yang aku nak: thrill, misteri, penyiasatan, unsur Islam, bersulamkan sedikit romance yang tak keterlaluan dan bukan novel untuk minah2 bunga, memang sesuai dengan fitrah jiwa aku yang agak tak romantik ni.

ungu

Balik dari membeli, aku pun terus tukar pakaian, buat air Vico panas dan seterusnya landing atas katil. Takde laporan lab ngan assignment yang perlu disiapkan, jadinya novel Ungu Karmila terus aku LAYAAAAAN dari kol 9 malam sampai kol 2 ke 3 pagi, aku tak pasti. Tak sempat nak tengok jam sebab aku terlalu taksub membaca sehinggakan kadang-kadang terasa macam bebola mata aku tersembul keluar dan terlekat atas novel tu. Memang hebat penangan karya Encik Ramlee…

Kat luar bilik aku, bunyi suara member-member seblok asrama ngan aku yang tadinya kuat, hingar-bingar dan bingit, dah tak kedengaran langsung. Agaknya diorang dah tido kot, aku buat andaian rambang. Sebenarnya, kelopak mata aku pun dah rasa kelat semacam. Bila aku tengok jam, dah kol 3 lebih, nak masuk kol 4 pagi! Patutlah sunyi sepi dunia ni. Dan patutlah aku rasa ngantuk sangat…

Tapi, bila dipincing-pincingkan telinga ni, aku terdengar bunyi seperti orang tengah bercakap kat koridor luar bilik aku. Macam orang tengah berbual kat handset. Sape lak ni??? Aku dah mula rasa tak sedap duduk. Memandangkan keadaan yang tengah sunyi macam ni, suara tu kedengaran agak jelas juga dan bila difikir-fikir, suara tu macam kepunyaan Fath, jiran aku yang duduk selang 2 bilik dari bilik aku. Suara manusia… Lega rasa di dada…

 “Mesti Fath tengah gayut ngan balak dia,” aku cakap dalam hati dengan gembiranya. Gembira sebab, maknanya bukan aku sorang je yang tak tidur lagi pada waktu-waktu macam ni. So, aku pun teruskan pembacaan… (sila baca petikan novel di bawah yang ada perkaitan rapat ngan cerita aku yang seterusnya)

208

209

210

Enough… enough… aku dah tak tahan…

Habis je baca muka surat 210, aku buat keputusan untuk tutup novel tersebut dan tidur. Hakikatnya, aku rasa sedikit takut, gerun pun ada bila baca bab-bab hantu camni. Dahlah malam-malam buta, orang semua dah tido, baca plak tentang hantu, eeiii… takut plak rasa! Memang aku pengecut, aku buat pengakuan yang jujur ni! Aku kuat berangan, jadi muka hantu berkuku hitam tu aku bayangkan sendiri. Mukanya buruk, bibir hitam, mata merah, rambut putih menggerbang… Last-last aku jadik takut ngan mainan perasaan sendiri, damn… terus aku campak novel tu atas meja!

Aku pun bingkas bangun dari katil dan beranikan diri bukak pintu. Niat hati aku nak tegur Fath (macam… Eh, Fath! Tak tido lagi?), sekadar nak berbasa-basi, sebab tadi aku dengar lagi suara dia bercakap kat tepon, tapi kan… bila aku jenguk kepala aku keluar dari bilik… aku tak nampak sesiapa pun kat koridor. Diulangi: tak nampak sesiapa pun! Yang ada cuma bunyi cengkerik, sayup-sayup je aku dengar. Suara Fath takde, tuan punya suara pun takde, dan yang membuatkan aku rasa sedikit tak best, bilik Fath gelap menandakan yang dia dah lama tido. In fact, bilik semua orang kat aras tu dah lights off, kecuali bilik aku sorang je yang terang-benderang macam tengah berpesta. Apa lagi, jantung aku pun berdetak dengan kencangnya seperti genderang mau perang (Lagu tema: Dewa 19 – Sedang Ingin Bercinta).

Berdetak dengan kencang sebab takutlah! Bukan sebab ingin bercintan-cintun!

“Baru kejap tadi aku dengar suara Fath berbual, dah takde plak dah? Cepatnya dia masuk tido?Bunyi pintu bilik kena tutup pun aku tak dengar. Hmmm…?” Kepelikan menguasai diri. Ketakutan dan debaran berselang-seli.

Aku tutup pintu balik dan tengok jam. Pukul 4 lebih! Menurut muka surat novel kat atas tu, ceritanya berkisar pada sekitar pukul 4 pagi, sama lah keadaannya dengan situasi aku sekarang ni. Masing-masing tengah bergelut dengan sesuatu: Ema ngan hantu ahli sihir, aku plak dihantui suara yang disangkakan kepunyaan Fath, tapi bukan. Kebetulan pulak! Alamak, tak syoknya rasa dalam hati ni… macam ada sesuatu yang tak best tengah berlaku je…

Bila aku selak langsir bilik, yang aku nampak cuma suasana kat luar yang gelap-gelita macam bontot kuali. Nasib baik tak nampak kelibat-kelibat yang menakutkan. Tingkap bilik memang aku bukak 24 jam, tak pernah tutup, sebab cuaca yang ketika tu panas biarpun di malam hari. Tapi, hari tu aku tergerak hati nak tutup tingkap tu pulak.

Lalu aku pun menutupnya…

Langsir tingkap dirapatkan, aku offkan lampu bilik, pastu cepat-cepat berselubung dalam selimut. Dalam kepala asyik terfikir-fikir, kalau bukan Fath, suara sape lak yang aku dengar tadi? Suara budak yang duduk kat bilik bawah ke? Ahh… lantak la dia! Aku dah mengantuk sangat ni! Aku pun baca ayat Kursi macam kebiasaan yang aku wat sebelum tido. Tengah-tengah baca ayat tu, tiba-tiba sekaki payung yang aku letak atas locker berhampiran ngan pintu, terjatuh dari ketinggian hampir 2 meter (kelepek!) dan serentak ngan tu juga, pintu papan kat koridor berhampiran bilik aku tertutup dengan sendirinya! PANGGGG!!! Kuat betul bunyinya sampai bergema! Aku yang dalam selimut ni terperanjat macam nak terlompat sekali (mak engkau!!!!!), terkejut gila! Berderau darah aku dibuatnya! Terketar-ketar aku habiskan baca ayat Kursi sambil badan aku mengerekot macam udang kena bakar, peluk patung Patrick Star aku kuat-kuat hinggakan bendalah tu penyek macam capati. Jantung aku berdegup laju dan kuat sangat sampai aku sendiri boleh dengar. Bulu tengkuk dan lengan aku plak berdiri tegak dan rasa meremang-remang. Memang aku terkejut sangat-sangat sebab belum pun habis berdebar pasal novel misteri dan suara tu, tiba-tiba payung yang selama ni tak pernah jatuh, terjatuh pulak ke lantai (siapa yang usik?!) dan serentak itu, pintu papan tertutup dengan sendirinya. Semua terjadi ikut kronologi. AARGGHH!! Peluh dingin merenek-renek kat dahi!

“Mungkin angin kuat yang tiup payung tu sampai terjatuh,”aku nak sedapkan hati. Tiba-tiba aku teringat yang tingkap bilik telah pun ditutup sebentar tadi. Mana mungkin ada angin yang dapat masuk ke dalam bilik dan meniup payung yang berat tu hingga jatuh. Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang. Kalau takde angin, masakan pintu tertutup sendiri! Memang takde angin kuat waktu tu, aku cukup pasti sebab aku tak dengar pun bunyik angin menderu-deru kat luar nun.

“Ya Allah, makhluk engkau yang mana satukah ini yang mengganggu aku? Tolong jauhkan aku daripadanya. Aku tak kuat iman. Aku cuma pelajar universiti yang belum graduasi. Tolong aku ya Allah. Aku sangat takut, dan hanya Kau saja yang dapat hapuskan takut aku ni,” sempat gak aku berdoa dalam kalut-malut diri yang diganggu perasaan. Bila takut camni, memang macam-macamlah bayangan seram yang keluar dan semua tu hanya ciptaan minda je, tapi mampu menggugat keberanian diri aku yang setipis kulit bawang ni. Bawah selimut tu, aku mengerekot kaku, tak gerak langsung.

Tolong… tolong… aku takut…

Lepas tu, aku tak dapat tidur. Mata aku ni aku pejamkan rapat-rapat tapi tetap gak tak mau lelap walaupun aku mengantuk gila. Telinga, aku tutup dengan tangan, takut-takut terdengar suara-suara yang tak sepatutnya ada dalam bilik. Jantung, jangan cakaplah… berdebar-debar sampai aku pun tak tahan sakitnya. Aku dapat rasa muka aku pucat semacam, kalau orang takik-takik pakai pisau motong getah pun, takkan berdarah!

“Nilah kalau orang yang pengecut sangat, macam nilah susahnya! Mana ada hantu? Ko tak nampak ada hantu pun kan? Yang ko takut sangat sampai tak boleh tido ni pehal, beb? Pintu tu cuma tertutup sendiri je! Baca lagi novel misteri! Sekarang, rasakan… takut sendiri!!!” banyak kali aku cakap camni kat diri aku, tapi still, takbleh tido juga. Bila aku buat-buat nak tido, serta-merta teringat cerita hantu yang member aku pernah cerita kat aku masa kami di MRSM dulu:

“Satu dah tido, dua dah tido, tiga dah tido, yang keempat pura-pura tido. Hihihihi…. Bunyi hantu mengilai atas locker aku. Citer betul ni, aku sendiri yang kena,” Ya Allah… kenapa boleh teringat cerita tu time-time darurat camni plak!!!!! Hantu bunjut betul, lah!!!! Di bawah selimut itu, hanya Allah je yang tahu kemelut di jiwa seorang yang berhati kecil dan penakut seperti aku. Aku dapat rasa badan aku menggigil-gigi kecil sebab ketakutan tahap ya ampuuunnn…

Tolong… tolong… aku takut…

“Mana karpet terbang untuk ke ‘slumber land’ ? ‘Slumber land’… Tolong bawa aku keluar dari dunia realiti ni! Aku nak masuk dunia mimpi, lah! Cepat sikit boleh tak?!” Aku marah pada mata sendiri. Last-last aku tertido gak lepas berzikir puas-puas dalam hati.

Malam itu merupakan malam yang cukup lama dalam sejarah hidup aku.

Esoknya dalam kol 13 petang, aku bangun tido dan berlagak normal seperti biasa. Walhal, kaki ngan tangan aku sejuk macam orang yang dah mati. Pengalaman diganggu perasaan semalam memang aku tak boleh lupa. Aku terserempak dengan Fath tengah basuh baju kat bilik air masa aku nak pegi mandi. Aku tanya dia, ada lepak kat koridor tak semalam, dalam area kol 3 hingga 4 pagi.

“Ish… mana ada. Tak de kejenya aku nak berjaga time-time camtu! Aku masuk tido kol 12, saing dengan budak-budak ni. Kenapa?” dia tanya.

Aku tak cakap apa-apa, tapi aku dapat rasa darah kat seluruh badan aku semacam kering. Tetiba je bulu roma kat lengan meremang macam ada orang yang tiup. Kalau bukan Fath, suara sape lak yang aku dengar semalam?

“Ko ada dengar tak semalam, pintu papan koridor tertutup sendiri? Macam kena hempas bunyinya! Kuat betul!” aku tukar arah angin. Tapi bila Fath menggeleng dan buat muka tak tau-menahu, aku rasa menyesal sebab tanya soalan tu kat dia.

Hari itu juga, aku habiskan baca novel tersebut dan menjelang malam, Ungu Karmila dah takde depan mata. Aku simpannya dalam kotak, bawah himpunan buku-buku Kimia yang tebal-tebal, yang tak pernah habis aku baca. Pastu sorong kotak tu bawah katil. Puas hati aku.

Novel tu berhantu!

Novel tu tak berhantu pun… aku yang pengecut sangat. Sape suruh berjaga sampai larut malam? Hambek ko! Lain kali jangan buat lagi.

Ye… ye… aku takkan berjaga malam semata-mata nak baca novel. Beribadat kan lebih baik?

 

Nota kaki:

Jawapan kepada teka-teki “Ia makan untuk hidup, tapi ia tak pernah minum” ialah API. Tepat sekali jawapan aku walaupun menjawabnya dengan penuh kesambil-lewaan. Huhahaha…

Comments (2)

TULISAN HIJAU YANG TAK DAPAT DIFAHAMI MAKSUDNYA

sesuatu

Leave a Comment

MAJOR PLASTIC SURGERY DI ALAM FANTASI

untitled

Comments (1)

PARKOUR – LARI, PANJAT, LOMPAT DAN LARI SEMULA!

Filem-filem yang memaparkan aksi seni mempertahankan diri seperti kungfu memang dah biasa sangat kita tengok di kaca tv dan di layar perak. Sebut saja nama-nama sifu kungfu seperti Bruce Lee, Jackie Chan dan Jet Li, semua orang tahu dan kenal. Yelah, sape tak pernah tengok diorang buat aksi akrobatik kangkang kaki 180 darjah tahap putus urat belakang lutut dalam setiap filem mereka.

Tapi, bila kita sebut pasal filem yang paparkan aksi seni menyelamatkan/melepaskan diri seperti parkour dan sifunya iaitu David Belle, William Belle, Cyril Raffaelli dan Georges Herbert, mesti kita akan terpinga-pinga sambil buat muka macam tauhu sumbat yang basi. Jadah mende? Parkour tu satu masalah… ni… si David Belle ni, pak cik sape lak?

Kalo kungfu ialah seni mempertahankan diri, parkour lak ialah seni melepaskan diri daripada suatu situasi yang berbahaya dan tak terjangka, melalui pergerakan-pergerakan yang kaya dengan keekstriman, pantas dan lasak, semuanya bertindak atas arahan otak yang berfikir dengan laju. Dalam situasi yang tersepit, seperti dikejar keluarga Ah Long Bukit Beruntung yang bersenjatakan pisau rambo 10 inci, apa yang kita ada hanyalah badan dan otak kita, selain tembok tinggi di penghujung jalan mati. Mereka yang berlatih seni parkour dengan mudah dapat memanjat tembok tersebut sebab badan diorang ni sangatlah fit, pergerakan tubuh diorang pantas, sepantas otak mereka berfikir untuk meloloskan diri. Memang itulah fokus latihan parkour yang ala-ala kombat ni. Kalo insan kerdil seperti kita yang tak punya bekalan seni parkour nak  panjat tembok segala, alamatnya meninggal dunia kat depan tembok tu jugak. Bukan sebab mati dikelar Ah Long, tapi mati patah tengkuk sebab jatuh tersadung kaki sendiri.

Oleh kerana parkour bermula di Perancis (parkour diajar kepada askar Perancis masa WW1 dan WW2 sebagai latihan militari), maka banyak juga filem Perancis yang mengangkat seni ini sebagai premis cerita mereka, untuk memberi kesedaran kepada umum yang parkour ni juga sangat penting dan cukup berguna diaplikasi terutama bila keselamatan diri terancam. Selain tu juga, latihan parkour ni buatkan badan jadi sihat dan otak jadi cerdas. Tak rugi masuk kelas latihan. Contohnya, dalam filem B13 (Banlieue 13) atau Borough 13 yang aku tengok baru-baru ni…

untitled

…menceritakan pasal kepincangan yang berlaku di dalam komuniti tertindas dan miskin bila kerajaan Perancis wujudkan ghetto, iaitu sistem pengasingan kawasan/daerah yang membawa masalah kepada negara dengan pembinaan tembok pemisah, antara ghetto-ghetto tu ialah B13. Nak tau citer lanjut, tengok la sendiri filem ni. Parkour ditonjolkan dalam beberapa babak dalam filem ni, seperti beberapa snapshot di bawah:

2

3 

parkour

5

Makhluk yang terbang ngan panjat-panjat bangunan tu monyet ke apa, weh? Lincah gila! Lepas lari, memanjat lak. Lepas panjat, melompat. Lompat bukan macam lompat teng-teng tu, tapi ni lompat dari bangunan ke bangunan yang lain! Lepas melompat, terus berlari tak berhenti. Motifnya cuma ingin melepaskan diri dari musuh, itu je. Macam lipas yang diamputasi kakinya!

Watak utamanya ialah Leito.

nn

Kalau anda dah cuba silat, karate, kungfu, taekwando, dan even capoeira, apa kata kalau kita tambah lagi list itu dengan parkour pulak. Parkour pun dah semakin mendapat tempat di Malaysia. Bila dah pro sikit, silap-silap boleh jadik bintang filem macam mamat kat atas ni.

Leave a Comment

EH, KO INGAT LAGI TAK…

Catatan:

Tengah syok tengok gambar lama time kat maktab dulu, tiba-tiba kuar lagu Wheels – Dalam Kenangan kat radio. Uhh… layan sendu dowh! TRY baca entry ini dengan berlatarbelakangkan lagu tersebut.

 

1, 2, 3, mula…

 

Bila terkenang masa lalu, rasa terharu…

(time naik tangga tetiba teringat kenangan lampau)

DSC08760

Segalanya masih kekal dalam ingatan…

(Shu: mahal tau air mineral ni. Aku beli kat koop)

scan0023

Tiba di persimpangan jalan, berpisah jauh…

(jalan terus pegi lubuk Maikel, jalan bertentangan pegi rumah warden. The road not taken)

 scan0004

Sekian lama di rantau, bersendirian…

(aku kat Taiping War Cemetery. Seram sejukkk…)

scan0003

Tiada lagi seruling senja mendayu…

(siren DS memanggil untuk makan malam. Woi, ko pehal ambik ayam aku??!!! Nak gaduh???!!!)

scan0011

Tiada lagi ketawa riang bersama…

(Oyuk nak wat ketupat konon2, tapi jadik tikar. Jom kita ketawa riangkan dia. Hua3…)

scan0013

Bila sepi mengusik hati…

(bila rasa homesick, lari belakang bilik kom, tengok orang memancing kat parit)

scan0006

Semuanya kini dalam kenangan…

(maktab indah tanpa Maikel dan tahinya)

scan0007

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda…

(itu ayah bonda  Syida. Mak abah aku tak datang)

scan0010

Budi dan jasamu tetap dalam kenangan…

(antara cikgu-cikgi kita…)

scan0005

Teman seiring jalan kini jauh dariku…

(woi, mana korang??? Nak kawin nanti jangan lupa jemput aku)

scan0012

Kemesraan kita tetap dalam kenangan…

(PEACE!!! Asal bergambar, tu jelah gaya yang korang buat. Peace memanjang…)

scan0022

Tiada lagi suara ombak di pantai…

(‘Lata Kijang’ kat belakang kelas 513. Dah-dah lah tu main air busuk, jom kita makan sandwich sardine yang aku wat ni!)

scan0008

Tiada lagi bayu Tebrau membelai…

(jauh kami berlayar dari Selat Tebrau ke Taiping naik tongkang, semata-mata nak carik ilmu. Tak gitu, Tun Mai?)

scan0009

Di saat sepi begini…

(blues untuk aku dan pokok itu)

scan0014

Semuanya kini dalam kenangan…

(Olis: Beta mengaku kalah. Tuan Hamba memang jaguh DOTA! Tuan Hamba ambillah istana beta ini beserta dayang2nya sebagai perjanjian pertaruhan kita.)

scan0015

Bila masanya tiba nanti aku kembali…

(selamat kembali ke maktab untuk super-super-duper-senior)

scan0016

Pasti ada yang berubah dan tiada lagi…

(Puan Shaariah Dahaman jadik pengetua lagi tak?)

scan0019

Dan bila ku tinggalkan lagi kampung halaman…

(Kampung Kenanga yang lama ku tinggalkan)

scan0017

Segalanya kan abadi dalam kenangan…

(pintu gerbang ke ‘penjara’)

scan0018scan0024scan0002

Dalam kenangan…

Dalam kenangan…

Comments (6)

Older Posts »